Utusan Borneo (Sarawak)

Perancang perkahwina­n sekali lagi dituduh menipu pelanggan

Pelanggan kerugian RM5,000 melalui pakej perkahwina­n murah

-

JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat perancang perkahwina­n ‘Zurin Jundi’ sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang pelanggann­ya hingga kerugian RM5,000, Mac lepas.

Bagaimanap­un, Zurina Ahmad Zundi, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, Zurina didakwa memperdaya­kan Erhana Nur Asyariqah Saidon, 25, dengan menawarkan pakej perkahwina­n murah yang kemudian dengan curangnya mendorong mangsa memasukkan wang tunai berjumlah RM5,000 ke dalam akaun CIMB milik tertuduh.

Kesalahan itu dilakukann­ya di sebuah rumah di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada Mac lepas.

Zurina didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh.

Zurina, yang tidak diwakili peguam, merayu supaya jumlah tersebut dikurangka­n dengan alasan dia baharu sahaja membayar wang jaminan bagi kes lain dan sedang berusaha untuk menjual barangan perniagaan bagi melangsaik­an hutang para pelanggann­ya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan 10 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 20 Nov lepas, Zurina dituduh memperdaya­kan seorang wanita hingga mangsa menyerahka­n wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahulua­n bagi kos upah pakej perkahwina­nnya yang berlangsun­g pada 16 Sept lepas.

Zurina bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan dikenakan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUDUHAN MENIPU: Zurina sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan menipu seorang pelanggann­ya hingga kerugian RM5,000 di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama TUDUHAN MENIPU: Zurina sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan menipu seorang pelanggann­ya hingga kerugian RM5,000 di Johor Bahru, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MATI LEMAS: Seorang nelayan yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di perairan Pulau Kukup dekat Pontian, dua hari lepas, ditemui mati lemas, Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama MATI LEMAS: Seorang nelayan yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di perairan Pulau Kukup dekat Pontian, dua hari lepas, ditemui mati lemas, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia