Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo mahu menamatkan kerjayanya di Real Madrid

-

palang selepas Jan Vertonghen menjatuhka­n De Bruyne dalam kotak penalti. T e t a p i S t e r l i n g mengurangk­an kegelisaha­n pasukannya apabila menjaringk­an gol ketiga pada minit ke- 80 dan m e n g - hukum pemain S p u r s , E r i c D i e r untuk gol ke15 beliau musim ini. Christian E r i k s e n m e n j a r - i n g k a n gol saguhati Spurs pada minit kecederaan.

“Kami bermain dengan sangat bagus untuk menewaskan salah sebuah pasukan yang kuat dalam Liga Perdana,” kata Guardiola.

“Sejak bulan Ogos, kami berasa sangat gembira dan saya kagum dengan kebanyakan cara kami bermain tanpa mengawal bola. Kami berada dalam rentak yang baik.”

Di Stamford Bridge, Chelsea menewaskan Southampto­n untuk berkongsi mata dengan Manchester United tetapi di tangga ketiga kerana perbezaan gol.

Selepas permulaan memberangs­angkan, Chelsea hanya membuka jaringan pada minit kecederaan sebelum rehat menerusi gol Marcos Alonso.

Chelsea menang lapan dari 10 perlawanan terakhir tetapi City masih kekal 14 mata di hadapan.

“Apabila anda tidak menjaringk­an gol kedua, anda bergelut mengekalka­n pendahulua­n gol. Anda takut dengan setiap tendangan percuma dan tendangan sudut,” kata pengurus Chelsea, Antonio Conte.

“Kami mengawal permainan, mempunyai 24 peluang tetapi kami perlu menjaringk­an gol kedua untuk mengawal debaran.”

Di Stadium Emirates, Arsenal menang perlawanan pertama dari empat perlawanan liga untuk menghidupk­an peluang menamatkan saingan liga di empat tangga teratas dan layak ke Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

Selepas dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Man United apabila kontraknya tamat pada akhir musim ini, Ozil menunjukka­n bakatnya kepada mana- mana kelab yang berminat dengan me- letakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-24 dengan satu rembatan volley dari luar kotak penalti untuk gol ketiga beliau musim ini.

Kekalahan kelapan dari sembilan perlawanan liga buat Newcastle menyebabka­n skuad kendalian Rafael Benitez itu kini berada di atas zon penyingkir­an.

“Gol Ozil sememangny­a cantik. Ia baik di mana beliau menjaringk­an gol penting,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

West Ham menambah tekanan ke atas pengurus Stoke City apabila menang 3-0 pada perlawanan yang tertangguh satu jam kerana masalah bekalan elektrik di Stadium bet365.

Mark Noble, Marko Arnautovic dan Diafra Sakho menjaringk­an gol buat West Ham, membolehka­n mereka naik ke tangga ke-15 liga. — AFP ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Cristiano Ronaldo menegaskan beliau mahu menamatkan kerjaya bermain beliau di Real Madrid selepas mencipta lebih banyak lagi sejarah dengan gol yang membantu Real memenangi kejuaraan Piala Dunia Kelab di sini Sabtu lepas.

Ronaldo menjaringk­an gol tunggal kemenangan di final menentang Gremio untuk memenangi kejohanan ini buat kali keempat dan juga menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan tujuh gol.

“Saya benar-benar mahu tetapi semuanya tidak bergantung kepada saya. Apa yang berlaku kepada saya ialah apa yang saya lakukan dalam padang,” kata Ronaldo apabila ditanya jika beliau merancang untuk bersara di Real Madrid.

“Saya bukan orang yang menguruska­n kelab, ia untuk mereka yang bertanggun­gjawab. Tugas saya adalah dalam padang dan saya fikir saya bermain dengan baik sekali lagi, perkara lain di luar kawalan saya.”

Ronaldo, 32, menandatan­gani kontrak baharu Real sehingga 2012 setahun yang lalu tetapi membangkit­kan spekulasi mengenai masa depannya selepas membimbing Real memenangi Liga Juara-Juara pada bulan Jun selepas tidak gembira dengan kegagalan kelab menyokongn­ya dalam kes mengelak pembayaran cukai yang dikemukaka­n oleh pendakwa raya di Sepanyol.

Beliau hadir di mahkamah pada bulan Julai atas tuduhan mengelak cukai berjumlah 14.7 juta euro di antara tahun 2011 dan 2014.

“Sememangny­a begitu, tetapi pada masa yang tepat,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane apabila ditanya jika Ronaldo seharusnya mendapat ganjaran dengan satu lagi kontrak baharu.

“Bagi kami, ia penting untuk Cristiano terus kekal. Beliau berada di kelabnya, di rumahnya dan tiada siapa boleh melakukan apa yang beliau lakukan, jadi saya berharap beliau terus kekal sehingga bersara.”

Ronaldo memecah rekod di Real semenjak tiba dari Manchester United pada 2009 dan begitu jauh di hadapan untuk rekod gol terbanyak kelab apabila menjaringk­an 434 gol dari 414 penampilan.

Beliau juga menerima anugerah Ballon d’Or buat kali kelima untuk menyamai bintang Barcelona, Lionel Messi awal bulan ini dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez memuji Ronaldo sebagai pewaris bintang legenda kelab, Alfredo di Stefano, yang membantu Real memenangi lima Piala Eropah pertama kelab. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia