Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan cantik Ozil bantu Arsenal benam Newcastle Newcastle 1-0 pada aksi liga Sabtu lepas

-

LONDON, England: Manchester City mencipta kemenangan ke-16 berturuttu­rut dalam Liga Perdana Inggeris apabila membelasah Tottenham Hotspur 4-1 sementara gol cantik Mesut Ozil membantu Arsenal menewaskan Newcastle United 1-0 Sabtu lepas.

Ilkay Gundogan membuka jaringan buat City di Stadium Etihad sebelum Kevin de Bruyne dan Raheem Sterling menjaringk­an gol selepas rehat untuk memastikan City menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 14 mata berbanding pencabar terdekat, Manchester United, yang bermain lewat menentang West Bromwich Albion.

Selepas mencipta rekod kemenangan berturut- turut yang baharu apabila menewaskan Swansea pada pertengaha­n minggu, skuad kendalian Pep Guardiola itu sekarang mencipta rekod peribadi terbaik pengurus mereka.

Kemenangan 16 perlawanan liga berturut-turut itu menyamai rekod liga kedua paling lama Guardiola sebagai jurulatih – ketika bersama Barcelona pada musim 2010/2011 – dan kurang tiga keme- nangan dari rekod terb a i k

Kami bermain dengan sangat bagus untuk menewaskan salah sebuah pasukan yang kuat dalam Liga Perdana. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

be- liau deng a n 19 kemenangan berturut- turut bersama Bayern Munich pada 2013/2014.

Dengan saingan kejuaraan liga kelihatan seperti sudah sebelah tangan dalam genggaman City, ia kelihatan mudah untuk mereka hilang fokus tetapi mereka sentiasa mengawal permainan menentang Tottenham, yang sekali lagi gagal menyerlah ketika menentang lawan di enam tangga teratas liga.

Gundogan meletakkan City di hadapan pada minit ke-14 dari satu hantaran lintang Leroy Sane.

De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-70 dari umpanan Gundogan.

Gabriel Jesus mensiasiak­an p e l -

uang m e n - j a d i k a n kedudukan 3-0 apabila tendangan penalti beliau terke n a

 ?? — Gambar Reuters — Gambar AFP ?? RENTAK HEBAT: De Bryune gembira selepas menjaringk­an gol kedua City pada perlawanan liga menentang Spurs di Stadium Etihad, Manchester pada Sabtu lepas. LICIK: Sterling (kanan) bersaing dengan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris (kiri) sebelum menjaringk­an...
— Gambar Reuters — Gambar AFP RENTAK HEBAT: De Bryune gembira selepas menjaringk­an gol kedua City pada perlawanan liga menentang Spurs di Stadium Etihad, Manchester pada Sabtu lepas. LICIK: Sterling (kanan) bersaing dengan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris (kiri) sebelum menjaringk­an...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia