Utusan Borneo (Sarawak)

Bola jaring patut disenaraik­an sukan teras

-

KUALA LUMPUR: Bola jaring patut disenaraik­an antara sukan teras negara berikutan populariti yang diraih berserta prestasi cemerlang skuad kebangsaan di peringkat benua sepanjang tahun ini.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia ( PBJM) Datuk Suraya Yaacob berkata beliau berbangga dengan sokongan ditunjukka­n peminat sukan tanah air terhadap skuad kebangsaan, sekali gus menaikkan semangat pemain untuk terus melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi.

“Cita-cita saya sekarang mahu masukkan bola jaring dalam senarai sukan teras negara. Tiga sukan - sepak takraw, taekwondo dan angkat berat sudah dikeluarka­n daripada senarai tersebut.

“Jadi apa salahnya jika sukan wanita ini (bola jaring) disenaraik­an. Mungkin kami boleh mempamerka­n prestasi lebih baik dan mengharumk­an nama negara di peringkat dunia,” katanya kepada pemberita selepas program bertemu peminat bersama pasukan bola jaring kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara kelmarin.

Untuk rekod, Malaysia di bawah kendalian Stacey Robinson muncul juara pada Kejohanan Bola Jaring Asia 2016 di Bangkok, Thailand sekali gus menamatkan kemarau 31 tahun merangkul kejuaraan di peringkat benua itu, disusuli dengan pencapaian pingat emas Sukan SEA 2017, Ogos lepas.

Dalam usaha meningkatk­an sukan bola jaring, Suraya berkata pihaknya akan mengadakan Piala Bola Jaring Evo yang bakal disertai 5,300 pemain dari 14 negeri.

Beliau berkata setiap kejohanan di peringkat negeri akan melibatkan 32 kelab, dan pasukan terbaik akan beraksi di final, Disember tahun depan di Kuala Lumpur.

“Kita adakan pertanding­an sebegini bagi membolehka­n pihak persatuan merekodkan jumlah pemain untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data bagi memudahkan hal pentadbira­n.

“Sekiranya program tersebut berjaya, kita mahu perkenalka­n kejohanan semi profesiona­l bagi melahirkan lebih ramai pemain terbaik. Kita mahu wujudkan pasukan kelab supaya lebih profesiona­l seperti bola sepak,” katanya.

Seramai 200 peminat hadir meraikan skuad bola jaring negara pada program berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKSI MENARIK: Khairi mencatatka­n masa ketiga terpantas dengan 48.014 saat pada Sesi Kelayakan SuperChron­o FIM Asia SuperMoto 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama AKSI MENARIK: Khairi mencatatka­n masa ketiga terpantas dengan 48.014 saat pada Sesi Kelayakan SuperChron­o FIM Asia SuperMoto 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIHARGAI: Para pemain Bola Jaring Kebangsaan bergambar bersama peminat-peminat yang hadir pada Program Pemain Bola Jaring Kebangsaan Sesi Bertemu Peminat yang dirasmikan oleh Suraya di Stadium Juara, Bukit Kiara di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama DIHARGAI: Para pemain Bola Jaring Kebangsaan bergambar bersama peminat-peminat yang hadir pada Program Pemain Bola Jaring Kebangsaan Sesi Bertemu Peminat yang dirasmikan oleh Suraya di Stadium Juara, Bukit Kiara di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia