Utusan Borneo (Sarawak)

Meraih kejuaraan ketiga kategori Asia Supermoto Asia FIM 2017

-

KUALA LUMPUR: Pelumba Supermoto negara, Khairi Zakaria berharap kelebihan beraksi di laman sendiri mampu memberi kelebihan untuk meraih kejuaraan kali ketiga kategori Asia pada pusingan terakhir Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Pelumba pasukan 23 Motor Racing Team itu yang pernah menjuarai kategori sama pada 2012 dan 2013, menyedari hanya kemenangan dalam perlumbaan Moto1 dan Moto2 mampu mencerahka­n peluangnya menjuarai kategori sama buat kali ketiga.

“Saya hanya dibezakan 10 mata dengan pendahulu kategori Asia, Trakarn Thangthong dari Thailand dan saya perlu memenan-

Saya hanya dibezakan 10 mata dengan pendahulu kategori Asia, Trakarn Thangthong dari Thailand dan saya perlu memenangi kedua-dua perlumbaan berkenaan sekiranya berhasrat meraih kejuaraan. Khairi Zakaria Pelumba Supermoto negara

gi kedua- dua perlumbaan berkenaan sekiranya berhasrat meraih kejuaraan,” kata Khairi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada sesi kelayakan perlumbaan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Thangthong masih mengunggul­i kategori Asia dengan kutipan 166 mata berbanding Khairi yang mengumpul 156 mata selepas berakhir empat pusingan perlumbaan Supermoto musim ini.

Pada sesi kelayakan kelmarin, pelumba pasukan Team Race Tech, Simon Vilhelmsen dari Denmark menyambar petak utama untuk perlumbaan semalam setelah mencatat masa sepusingan terpantas 47.469 saat.

Pendahulu kategori terbuka, Lewis Cornish dari United Kingdom muncul pelumba kedua terpantas dengan catatan 47.490 saat, diikuti Khairi (48.014 saat) manakala seorang lagi pe- lumba negara, Muhd Habibullah Mohd Salleh yang mewakili pasukan KTM Malaysia ELF Racing Team menduduki tangga kelima dengan catatan 48.604 saat.

“Saya berpuas hati dengan catatan masa hari ini (kelmarin) kerana keadaan cuaca dan permukaan litar yang agak baik,” jelas Khairi yang meraih kedudukan podium sebanyak dua kali dalam kategori Asia pada pusingan kedua di Indonesia, Oktober lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia