Utusan Borneo (Sarawak)

Nazario FT ungguli Terbuka Lelaki Liga Futsal Sibu 2017

-

SIBU: Pasukan Nazario FT muncul juara bagi kategori Terbuka Lelaki Liga Futsal Sibu (LSF) 2017 berlangsun­g di Stadium Tertutup Bukit Lima, petang kelmarin.

Nazario FT mengesahka­n kejuaraan setelah menewaskan Starmanok FT dengan 3-1 pada perlawanan akhir itu.

Dengan kejuaraan itu, Nazario FT membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi dan pingat. Manakala Starmanok FT membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi dan pingat.

Tempat ketiga bersama dimenangi Matrixx United dan Rabona FC, masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500 dan trofi.

Kategori Wanita Campuran diungguli pasukan WA5411Y setelah menjadi pendahulu liga apabila juara liga kategori wanita ditentukan secara pusingan ‘round robin’.

Pasukan WA5411Y mengatasi pasukan Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang (KSRTR) melalui mata jaringan walaupun berkongsi mata.

Juara Terbuka Wanita membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi dan pingat. Naib juara menerima RM2,000, trofi dan pingat.

Manakala tempat ketiga Libra’s FT menerima RM1,200 serta trofi. Tempat keempat dimenangi KRT Sukun membawa pulang wang tunai RM800 dan trofi.

Bagi kategori Lelaki Bawah 19 Tahun, juara dimenangi Ummi FT setelah menewaskan Projek Xten dengan 4-2.

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta trofi dan pingat manakala naib juara menerima RM3,000, trofi dan pingat.

Tempat ketiga bersama dimenangi ZR069 Familia dan Triplex FT dengan masing-masing membawa pulang RM1,500 serta trofi.

Penganjura­n LFS edisi pertama itu disertai 20 pasukan bagi kategori Terbuka Lelaki, kategori Lelaki Bawah 19 Tahun (20) dan sembilan pasukan kategori Wanita Campuran.

Hadiah disampaika­n Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Dr Annuar Rapaee.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut mengumumka­n peruntukan RM50,0000 untuk Jawatankua­sa Penganjur LSF 2017 penganjura­n LFS edisi kedua tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia