Utusan Borneo (Sarawak)

Cromok-XPDC bakal beraksi di konsert ‘Metal Legends’ pada 3 Feb

-

DUA legenda rock, Cromok dan XPDC bakal beraksi bersama secara live di konsert ‘Metal Legends Cromok - XPDC’ di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 3 Feb depan.

Menurut kenyataan penganjur, kumpulan tersebut yang telah wujud sejak lebih sedekad dalam industri seni tanah air layak digelar sebagai lagenda muzik bergenre metal.

Cromok merupakan perintis muzik thrash metal di Malaysia sejak 1986 manakala XPDC telah wujud sejak 1989 dengan membawa muzik heavy metal.

Karya mereka merupakan terjemahan pertama muzik metal tanah air yang mampu memberi inspirasi kepada pendengar dan dihargai untuk legasi pada masa depan, katanya.

Sepanjang pembabitan XPDC dalam industri seni, band ini telah menghasilk­an 7 album muzik heavy metal, iaitu Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, Brutal, Samurai, V6 dan Rasopariso.

Album XPDC ini mendapat sambutan hangat di pasaran antaranya album Kita Peng Yu pada 1994 dengan jualan sebanyak 200,000 unit dan album Brutal pada 1997 sebanyak 350,000 unit.

Manakala Cromok telah mengeluark­an lima album, iaitu Forever In Time, Yours Truly, Mean, Meaner Mean dan Image of Purity. Album Forever In Time paling berjaya sehingga kini dengan jualan melebihi 100,000 unit di Malaysia.

Konsert ini dianjurkan oleh JMP Production dan Lifescape dengan sokongan daripada pihak pengurusan MAEPS.

Pembelian tiket boleh dilakukan melalui laman web www.ilassotick­et. com atau menerusi talian hotline: 03-21706333. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia