Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua tentera laut Argentina dipecat

-

BUENOS AIRES: Argentina memecat ketua tentera laut negara kelmarin, pegawai berprofil tertinggi yang dipecat sebulan selepas sebuah kapal selam hilang bersama 44 anak kapalnya.

“Menteri pertahanan meminta beliau bersara.

“Ini adalah satu keputusan politik,” kata pegawai tentera laut yang enggan dikenali tentang keputusan untuk memecat Laksamana Marcelo Srur sewaktu siasatan dijalankan ke atas kehilangan kapal selam tersebut.

Srur merupakan pegawai kanan kelima dilepaskan daripada tugasnya setakat ini berhubung kehilangan kapal selam ARA San Juan.

Sumber tentera berkata, Presiden Mauricio Macri bersedia untuk menghentik­an kebanyakan kepimpinan tentera laut.

Kerajaan juga mewujudkan suruhanjay­a siasatan dalam yang akan diketuai Kapten ( Bersara) Jorge Bergallo, bapa komander kedua ARA San Juan Jorge Ignacio Ber- gallo, kata sumber kerajaan kepada agensi berita kerajaan Telam.

Operasi pencarian antarabang­sa setakat ini gagal mengesan kapal terbabit.

Sejumlah 43 lelaki dan seorang wanita di dalam kapal itu dipercayai sudah terkorban dalam tragedi berkenaan.

Namun keluarga mangsa hilang menekan kerajaan untuk meneruskan pencarian, yang belum lagi ditamatkan secara rasmi.

Sebahagian ahli keluarga mendakwa tentera laut menyembuny­ikan maklumat dan menuntut siasatan parlimen.

Pada Jumaat lepas, mereka menunjuk perasaan di Mar del Plata, di mana kapal selam itu berpangkal­an, dan Buenos Aires.

Saudara-mara menumpukan kemarahan mereka terhadap keadaan kapal selam berusia tiga dekad itu, yang telah menjalani kerja pasang pulih selama tujuh tahun untuk melanjutka­n khidmatnya, selain sikap berhati-hati tentera laut sejak operasi pencarian bermula.

Tentera laut mempunyai reputasi buruk di Argentina.

Sewaktu pemerintah­an tentera pada 1976- 1983, beberapa unit tentera laut bertindak sebagai pusat penahanan dan penyeksaan, dan kira-kira 30,000 hilang.

Kehilangan San Juan merupakan tragedi besar pertama yang berlaku kepada tentera laut sejak Perang Falklands pada 1982.

Argentina, yang merujuk kepada kepulauan itu sebagai Las Malvina, tewas kepada Britain dalam perang tersebut.

Cara tentera laut mengendali­kan operasi berkenaan dikritik hebat sejak ia membuat laporan bahawa kapal selam itu belum tiba di Mar del Plata pada 16 November lepas.

Hanya beberapa hari selepas tragedi berlaku baharulah pegawai tentera laut mengakui San Juan melaporkan masalah dengan baterinya dalam komunikasi terakhir pada 15 November lalu.

Hampir 10 hari kemudian, tentera laut mengesahka­n letupan berlaku di atas kapal, yang menurut pakar kemungkina­n besar berkaitan masalah bateri.

Siasatan jenayah sudah dibuka untuk mencari mereka yang bersalah atas perintah seorang hakim di bandar Caleta Olivia, pelabuhan di Patagonia di mana kes maritim biasanya didengar.

Sebuah kapal oseanograf­i British dan sebuah kapal Argentina menerokai kawasan pencarian ARA San Juan dengan peralatan sonar kelmarin, kata tentera laut, manakala amaran mengenai keadaan cuaca buruk dijangkaka­n hujung minggu ini.

ARA San Juan antara tiga kapal selam milik negara Amerika Selatan itu, tetapi hanya ARA Salta yang dapat beroperasi.

ARA Santa Cruz ditamatkan khidmat kerana mempunyai kerosakan serius yang memerlukan kerja baik pulih sepenuhnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia