Utusan Borneo (Sarawak)

Pelayar Perancis pecah rekod solo

-

BREST: Francois Gabart dari Perancis memecah rekod dunia bagi pelayaran solo mengelilin­gi dunia paling pantas semalam apabila melengkapk­an usaha yang begitu mencabar itu dalam masa 42 hari, 16 jam, 40 minit dan 35 saat.

Kelasi berusia 34 tahun itu melintasi garisan penamat maya yang dilukis antara Pulau Ushant di perairan hujung barat laut Perancis dengan Lizard Point di barat daya England pada 0145 GMT, selesa mengatasi rekod lama rakan senegara Thomas Coville sebanyak enam hari dan 10 jam.

Masa perlumbaan diumumkan pemerhati dari Majlis Kelajuan Pelayaran Dunia tetapi akan tertakluk kepada pemeriksaa­n ke atas kotak hitam bot dan data GPS sebelum pengesahan muktamad.

Gabart, bapa dua anak, menjadi pemegang keempat rekod dunia untuk pelayaran solo mengelilin­gi dunia.

Sejak rekod itu pertama kali dicipta pada 2004, kira-kira 30 hari sudah dibuang.

Pemegang rekod pertama adalah Francis Joyon dari Perancis yang melengkapk­an pelayaran dalam masa 72 hari dan 22 jam.

Kelasi wanita British Ellen MacArthur turun ke laut setahun kemudian, dan berlumba dengan masa untuk memecah rekod itu sebanyak sehari setengah (71 hari 14 jam).

Beliau memegang rekod itu sehingga 2016 apabila Coville mencipta rekod baharu 49 hari dan tiga jam yang dipercayai ramai pihak sukar untuk diatasi. — AFP WASHINGTON: Laporan tentang tindakan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit ( CDC) Amerika Syarikat (AS) untuk melarang penggunaan perkataan seperti ‘janin’, ‘kepelbagai­an’ dan ‘transjanti­na’ dalam dokumen berhubung bajet mencetuska­n kemarahan, kehairanan dan seruan agar keputusan itu ditarik balik kelmarin.

The Washington Post melaporkan Jumaat lepas bahawa penganalis­is dasar diberitahu pada mesyuarat tentang perkataan yang dilarang, yang menurut seorang penganalis­is juga termasuk ‘berasaskan sains’, ‘berasaskan bukti’, ‘mudah terdedah’ dan ‘hak’.

Selepas menghadapi tindak balas yang semakin meningkat, Jabatan Kesihatan dan Khidmat Manusia (HHS), yang menyelia CDC, menganggap laporan mengenai larangan ke atas penggunaan perkataan tersebut sebagai gambaran sifat yang salah sama sekali.

“Di antara perkataan yang dilarang untuk digunakan dalam dokumen bajet kerajaan @CDC adalah ‘berasaskan bukti’ dan ‘berasaskan sains’.

“Ini adalah perkataan yang masih dibenarkan, tidak masuk akal,” tulis Persatuan Amerika bagi Kemajuan Sains dalam akaun Twitter.

Timbalan Pengarah Pusat Sains dan Demokrasi Michael Halpern berkata, menangani cabaran kesihatan awam dengan berkesan bermakna bersikap jujur dan terbuka mengenai risiko dan siapa yang menghadapi risiko ini.

“Untuk menghalang agensi daripada kehilangan kesahihann­ya, Pengarah CDC Fitzgerald mesti bersuara sekarang untuk mengukuhka­n kesepadana­n sains dengan kerja agensi,” Halpern menu- lis dalam satu tulisan blog.

Perarakan ‘March for Science’, yang menyaksika­n ribuan menunjuk perasaan di Washington dan tempat lain awal tahun ini, meminta keputusan yang dilaporkan itu untuk ditarik balik.

“Kamimenyer­ukepadapen­tadbiran untuk mengetepik­an larangan ini dan kepada wakil kami untuk melindungi hak komuniti saintifik bagi membincang­kan secara terbuka penyelidik­an mereka dan impaknya ke atas dunia kita,” katanya dalam Twitter.

HHS membidas laporan itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MAUT: Hernandez berucap pada satu acara di Tegucigalp­a pada 3 Oktober tahun lepas.
— Gambar Reuters MAUT: Hernandez berucap pada satu acara di Tegucigalp­a pada 3 Oktober tahun lepas.
 ??  ?? GABART
GABART

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia