Utusan Borneo (Sarawak)

Adik perempuan presiden Honduras maut nahas heli

-

TEGUCIGALP­A: Adik perempuan Presiden Honduras Juan Orlando Hernandez maut kelmarin apabila helikopter yang dinaikinya terhempas di sebuah gunung dekat ibu negara, dalam insiden yang mengorbank­an empat mangsa lain.

“Tuhan telah mendakap Hilda Hernandez, pejuang yang tidak kenal erti lelah bagi Parti Nasional,” presiden parti pemerintah Reinaldo Sanchez mengesahka­n tragedi itu dalam Twitter.

Helikopter AS35 B- 3 Tentera Udara Honduras berlepas dari lapangan terbang Toncontin di ibu negara sebelum lenyap dari radar akibat cuaca buruk.

“Tiada mangsa dijumpai di lokasi nahas di atas Gunung Yerbabuena,” angkatan tentera menyebut dalam satu kenyataan.

Mangsa nahas lain adalah leftenan juruterban­g Ivan Vasquez Portillo, leftenan kedua pembantu juruterban­g Gerson Diaz Nolasco, kapten tentera Patricia Valladares dan dua anggota pasukan kesela- matan menteri iaitu Nahum Lagos dan Marcos Banegas.

Menteri komunikasi berusia 51 tahun itu turut berkhidmat dalam pasukan kempen bagi abangnya, yang terbabit dalam bidaan kontrovers­i untuk mengadakan semula pilihan raya.

Tribunal Pilihan Raya Tertinggi belum lagi mengumumka­n pemenang dalam pilihan raya hangat itu, yang diadakan hampir tiga minggu lalu, di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin meruncing.

Selepas dimaklumka­n tentang kematian adiknya, presiden menunjukka­n gambar adiknya dan imej reben hitam dalam akaun Twitter, tanpa sebarang komen atau mesej tambahan.

“Kami menyampaik­an solidariti dan ucapan takziah kami kepada presiden dan keluargany­a,” kata bekas presiden Manuel Zelaya, yang mengetuai pakatan haluan kiri pembangkan­g yang telah mengumumka­n kemenangan dalam pilihan raya bagi calonnya yang juga pengacara televisyen Salvador Nasralla.

Pihak berkuasa pilihan raya sedang meneliti semula dan mengira semula undi sebelum mereka memberi keputusan muktamad mengenai keputusan pemilihan selepas pembangkan­g mendakwa penipuan telah berlaku. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia