Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan ketiga terbesar sejak 1932 ancam teruk California

-

LOS ANGELES: Perintah evakuasi dikeluarka­n kelmarin bagi kawasan dalam daerah Santa Barbara di California tatkala kerajaan cuba memadamkan kebakaran hutan ketiga terbesar di negeri itu sejak 1932, dengan ribut dan keadaan kering mengancam memburukka­n kebakaran.

Pejabat Pengurusan Kecemasan (OEM) Santa Barbara mengumumka­n dalam Twitter siri perintah evakuasi mandatori itu, selain amaran evakuasi sukarela bagi beberapa bahagian di daerah itu.

OEM berkata, disebabkan trafik ekstrem dalam Laman Sesawang Daerah, ia telah terpadam.

Thomas Fire yang mengancam Santa Barbara sudah memusnahka­n 105,000 hek- tar tanah, lebih 1,000 struktur dan menyebabka­n kerugian lebih AS$100 juta (RM430 juta) sejak 4 Disember, kata Jabatan Perhutanan dan Perlindung­an Kebakaran California (Cal Fire).

Keadaan termasuk ribut, bahan bakar kering dan kelembapan rendah akan terus memburukka­n kebakaran, kata Cal Fire.

Lebih 8,000 terbabit dalam usaha memadam kebakaran yang setakat ini sudah 40 peratus dibendung.

Cal Fire turut memberi amaran kebakaran baharu dijangkaka­n.

“Pada hujung minggu lepas, ribut di utara California dijangka mencapai kelajuan 48 hingga 64 kilometer sejam.

“Kebakaran hutan boleh berlaku di mana-mana sa- haja pada bila-bila masa,” ia memberi amaran menerusi Facebook.

Hanya dua kebakaran memusnahka­n lebih banyak kawasan di California setakat ini abad ini — Cedar Fire pada 2003, dan Rush Fire pada 2012, masing- masing membakar 273,246 dan 271,911 ekar.

Senarai Cal Fire bagi 20 kebakaran hutan terbesar sekali di negeri itu bermula pada 1932, kerana rekod sebelum tahun itu tidak begitu dipercayai, dan senarai ini bertujuan untuk memberi gambaran keseluruha­n ke atas kebakaran besar dalam masa terdekat, katanya.

Tahun ini merupakan yang terburuk dalam rekod dari segi kemusnahan kebakaran hutan di California. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia