Utusan Borneo (Sarawak)

Ejen Korea Utara didakwa cuba menjual WMD

-

SYDNEY: Seorang ‘ ejen setia’ Korea Utara yang berpangkal­an di Sydney telah didakwa atas tuduhan cuba menjual teknologi dan alat misil dalam pasaran gelap untuk meraih pendapatan bagi Pyongyang yang melanggar sekatan antarabang­sa, kata polis Australia semalam.

Warga Australia keturunan Korea berusia 59 tahun itu cuba mengatur perjanjian haram menjual senjata pemusnah besar- besaran (WMD) yang dapat menjana puluhan juta dolar untuk Korea Utara, kata Polis Perse- kutuan Australia (AFP).

Lelaki itu terbabit dalam perbincang­an untuk menubuhkan sebuah kemudahan pengeluara­n misil balistik dan bekalan rancangan pembinaan misil selain komponen, perisian dan pemindahan kepakaran teknologi dari Pyongyang, dakwa polis.

Penolong Pesuruhjay­a AFP Neil Gaughan memberitah­u pemberita, kes itu tidak pernah dilihat di Australia dan lelaki itu berhubung dengan pegawai berpangkat tinggi di Korea Utara.

“Lelaki ini adalah ejen setia Korea Utara, dan percaya dia bertindak untuk mencapai matlamat patriotik yang lebih tinggi.”

Rancangan ejen yang didakwa itu tidak melibatkan pegawai atau kerajaan lain, kata polis.

Pihak berkuasa tidak mendedahka­n individu yang cuba diuruskan lelaki itu.

Korea Utara berada di bawah sekatan ketat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan menyekat penyaluran hasil pendapatan kepada program misil dan nuklear Pyongyang.

“Ini merupakan penangkapa­n yang sangat penting, tuduhan yang dikenakan bersifat paling besar,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull kepada pemberita di Sydney.

“Oleh itu, amat penting untuk semua negara melaksanak­an sekatan tersebut.”

Lelaki itu, yang sudah tinggal di Australia selama tiga dekad, didakwa menggunaka­n khidmat komunikasi rahsia untuk memudahkan usaha yang cuba dilakukann­ya, termasuk memindahka­n arang batu dari Korea Utara ke entiti di Indonesia dan Vietnam.

Dia kini dalam tahanan dan berdepan enam pertuduhan, dengan hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Penyiasat tidak menolak tuduhan lain, dan sedang menyiasat cubaan lain untuk menjalanka­n dagangan komoditi melibatkan minyak dan batu permata.

Ini adalah kali pertama pertuduhan dibuat bagi pelanggara­n di bawah Akta Senjata Pemusnah Besar-besaran oleh Canberra dan kerana melanggar sekatan PBB ke atas Korea Utara di Australia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SIDANG MEDIA: Gaughan menjelaska­n tentang ejen Korea Utara itu di Sydney, semalam.
— Gambar AFP SIDANG MEDIA: Gaughan menjelaska­n tentang ejen Korea Utara itu di Sydney, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia