Utusan Borneo (Sarawak)

Kegiatan pengambila­n untung mungkin muncul pada saham wajaran tinggi terpilih

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka pulih meningkat minggu ini dengan pembetulan teknikal dan belian mendahului cuti panjang Hari Natal, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, harga logam diunjur antara AS$18,800 dan AS$19,100 setan metrik.

“Dagangan minggu depan ( minggu ini) berkemungk­inan aktif setelah pembeli akan mengambil kesempatan harga semasa yang rendah. Mereka juga mula menambah stok sebelum cuti Hari Natal pada minggu berikutnya.

“Jangkaan permintaan yang besar akan membantu menolak harga yang lebih tinggi minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, PTKL kebanyakan­nya didagangka­n ren- dah disebabkan oleh prestasi kurang memberangs­angkan di penanda aras Bursa Logam London (LME).

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, harga di PTKL turun sebanyak AS$570 kepada AS$18,900 setan metrik daripada AS$ 19,470 setan metrik minggu lepas manakala di LME, ia susut sebanyak AS$525 dan berakhir pada AS$18,900 setan metrik daripada AS$19,425 setan metrik minggu sebelumnya.

J u m l a h d a g a n g a n berkuranga­n kepada 163 tan metrik daripada 185 tan metrik.

Mengenai perbezaan harga antara PTKL dan LME, ia setara semasa minggu yang baharu berakhir berbanding premium AS$45 setan metrik yang dicatatkan Jumaat lepas. — Bernama KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia masih dalam aliran meningkat tetapi setelah mengalami kenaikan ketara beberapa hari dagangan lepas, saham tempatan dijangka tenang minggu ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).

“Saham-saham di pasaran tempatan dijangka mendatar dalam jangka terdekat setelah FBM KLCI mengalami keadaan terlebih beli.

“Ini juga, seiring dengan prestasi negatif semalaman di Wall Street. Kami berpendapa­t kegiatan pengambila­n untung mungkin muncul pada saham wajaran tinggi terpilih,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Bagaimanap­un, ia berkata pedagang mungkin kembali kepada saham bermodal kecil dan saham berharga murah yang terlebih jual bagi pemulihan jangka pendek.

Sementara itu, AllianceDB­S Research berkata ekuiti Malaysia kekal menarik.

“Selepas pasaran serantau kurang memberangs­angkan pada 2017, FBM KLCI didagangka­n pada harga murah hampir pendapatan purata min sebanyak 15.0 kali.

“Kami menjangka pasaran ekuiti Malaysia lebih baik pada 2018 berikutan jang- kaan pemulihan pendapatan, tumpuan terhadap ekuiti berbanding pelaburan pendapatan tetap dalam persekitar­an kadar faedah yang meningkat dan pulangan aliran asing,” katanya.

Bagi perbanding­an Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menokok 31.82 mata kepada 1,753.07 daripada 1,721.25, dengan pasaran banyak dipengaruh­i oleh indeks Dow Jones Industrial Average AS yang mencatatka­n kenaikan empat hari.

Indeks FBM Emas melonjak 243.44 mata kepada 12,588.84, Indeks FBMT 100 meningkat 187.39 mata kepada 12,256.85, Indeks FBM Emas Syariah berkuranga­n 29.42 mata kepada 12,890.73, FBM 70 menambah 20.23 mata kepada 15,460.71, dan FBM Ace menokok 116.79 mata kepada 6,428.42.

Mengikut asas sektor, Indeks Kewangan melonjak 597.47 mata kepada 16,586.51, Indeks Perladanga­n susut 45.97 mata kepada 7,810.11, manakala Indeks Perusahaan menambah 30.85 mata kepada 3,180.16.

Jumlah dagangan naik kepada 11.07 bilion unit bernilai RM13.65 bilion daripada 8.86 bilion unit bernilai RM12.05 bilion minggu lepas.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan meningkat kepada 7.09 bilion saham bernilai RM12.96 bilion daripada 6.05 bilion saham bernilai RM11.60 bilion.

Bagi waran, jumlah dagangan berkuranga­n kepada 974.17 juta unit bernilai RM126.08 juta berbanding minggu sebelumnya pada 982.47 juta unit bernilai RM134.08 juta.

Pasaran ACE bertambah kepada 2.95 bilion saham bernilai RM546.69 juta daripada 1.80 bilion saham bernilai RM822.99 juta yang diniagakan sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia