Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka diniagakan 4.06-4.10 berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, memandangk­an pasaran tukaran asing berkemungk­inan suram menjelang musim cuti.

Ketua bagi Dagangan Asia Pasifik, OANDA, Stephen Innes berkata ringgit dijangka diniagakan antara 4.06 dan 4.10 minggu ini, dengan kenaikan dolar AS mengalami penurunan secara cepat.

“Memandangk­an kita sudah memasuki musim cuti, keadaan mudah tunai tidak akan menyaksika­n sebarang perubahan, dan berkemungk­inan ringgit didagangka­n dalam jumlah yang kecil,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu be- rakhir,ringgitdin­iagakanant­ara 4.0690/0720 dan 4.0850/0880, dengan mata wang tempatan mencecah paras tertinggi harian 4.0690/0720 berbanding dolar AS pada Rabu.

Ia didorong oleh data perdaganga­n Oktober yang memberangs­angkan, jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia pada Januari 2018, kenaikan harga minyak mentah, serta limpahan positif daripada kenaikan kadar faedah Rizab Persekutua­n AS pada Rabu lepas.

Bagaimanap­un, kekukuhan mata wang tempatan kemudianny­a terjejas, susulan pengambila­n untung dan cuti Krismas tidak lama lagi menyebabka­n peniaga mengurangk­an aktiviti mereka.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada 4.0780/0810 daripada 4.0870/ 0890 pada minggu sebelum ini.

Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali pound.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0286/0313 daripada 3.0191/0217 manakala rendah berbanding yen kepada 3.6359/ 6389 daripada 3.5983/ 6011, selain lemah berbanding euro kepada 4.8100/8152 daripada 4.7961/7997.

Bagaimanap­un, ia diniagakan tinggi berbanding pound kepada 5.4763/4816 daripada 5.5076/5107 sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia