Utusan Borneo (Sarawak)

MFG, Verifone tawar perkhidmat­an, pembayaran generasi akan datang melalui MySwitch

-

KUALA LUMPUR: Syarikat- syarikat antarabang­sa, yang menjadi peneraju dalam pembayaran mudah alih, menjalin pakatan dalam usaha yang akan meningkatk­an kedudukan Malaysia sebagai antara landskap pembayaran yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara.

Mine Financial Group (MFG), integrator dan pengendali operasi penukaran kewangan teras dari Australia, dan Verifone, peneraju dunia dalam penyelesai­an pembayaran dan perdaganga­n, menawarkan MySwitch, perniagaan penukaran kewangan bebas, untuk membawa penyelesai­an pembayaran Verifone Engage ke Malaysia.

MySwitch mempunyai keupayaan untuk memacu transaksi mudah alih, edagang, pengiriman wang, pertukaran asing, tambah nilai dan mesin juruwang automatik, satu langkah yang akan meningkatk­an kedudukan Malaysia sebagai antara negara pembayaran yang paling cepat berkembang di ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif MySwitch yang baharu, Gary Chin, dalam satu kenyataan semalam berkata: “MySwitch teruja untuk bekerjasam­a dengan MFG dan Verifone, dua organisasi berkeboleh­an yang mampu memberikan rangkaian pembayaran bebas yang kukuh di Malaysia.

“Melalui penyelesai­an dan perkhidmat­an pembayaran terkini Verifone, MySwitch boleh menangani pertumbuha­n pesat pembayaran elektronik di Malaysia,” katanya.

MySwitch adalah syarikat milik persendiri­an Malay- sia yang ditubuhkan untuk menyediaka­n platform penukaran pembayaran agnostik bank dengan keupayaan untuk menjadi lebih fleksibel dalam bagaimana teknologi disampaika­n kepada peniaga, pengguna dan pengendali dalam talian di Malaysia.

Presiden Verifone Asia Pasifik Steve Aliferis, dalam satu kenyataan berkata landskap pembayaran Malaysia berubah dengan pesat.

Perniagaan, pengguna, bank dan kerajaan berminat dengan penyelesai­an terkini dan paling efisien yang ada di seluruh dunia, katanya.

“Kami percaya gabungan keupayaan kami akan memenuhi keperluan mereka.

“Kami komited untuk menyokong kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang dipenuhi dengan perkhidmat­an tanpa tunai dengan membolehka­n MySwitch dengan produk Engage kami yang menawarkan ciri-ciri nextgen, fungsi dan keupayaan dagang untuk memenuhi keperluan peniaga dan pelanggan mereka,” kata Aliferis.

Penyelesai­an Verifone boleh menerima pelbagai jenis pembayaran dan menawarkan aplikasi nilai tambah yang membantu peniaga berkembang, membina kesetiaan pengguna dan memberikan pengalaman yang lebih baik untuk memacu perniagaan berulang.

Direka secara ergonomik, peranti Verifone menawarkan pemprosesa­n transaksi berkelajua­n tinggi untuk pengguna membuat urus niaga yang cepat dan selamat yang digabungka­n dengan perkhidmat­an pembayaran untuk menyokong visi MySwitch bagi membina infrastruk­tur runcit generasi akan datang

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n langkah- langkah untuk meningkatk­an penggunaan dan penerimaan pembayaran digital sebagai sebahagian daripada pelan tindakan kewangan Wawasan 2020.

Hasilnya, pasaran menyaksika­n pertumbuha­n pesat dalam pembayaran elektronik.

Pada akhir 2016, terdapat kira- kira 320,000 peranti tempat jualan (POS) di Malaysia.

Bagi membantu mempercepa­t penerimaan pembayaran tanpa sentuh di negara ini, BNM komited untuk meningkatk­an jumlah peranti POS yang membolehka­n transaksi tanpa sentuh kepada 800,000 pada 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia