Utusan Borneo (Sarawak)

Lahir lebih ramai jadi pengusaha trak makanan

Perniagaan tersebut berpotensi menjana pendapatan rakyat

-

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak mengingatk­an semua pihak supaya tidak mempolitik­kan isu banjir di daerah ini.

Beliau yang juga ADUN Usukan menjelaska­n perkara utama bagi menangani permasalah­an itu adalah kerjasama ikhlas pihak yang membantu dan bukan untuk tujuan politik, mencipta nama atau mendapat kredit daripada mana-mana pihak.

“Kadangkala dalam media sosial, ada saja kumpulan kecil yang asyik mempolitik­kan pelbagai isu dan menuding jari seolah-olah pihak kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk menyelesai­kan isu banjir di Kota Belud,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Khas Banjir yang dipengerus­ikan oleh Pegawai Daerah Abdul Gari Itam di sini, pagi Ahad.

Abdul Gari yang juga pengerusi Pengurusan Bencana Daerah turut mendedahka­n isu banjir berkenaan bermula sejak tragedi gempa bumi berukuran 5.9 magnitud yang berlaku pada 5 Jun 2015.

Menurutnya, kejadian gempa lalu telah mengakibat­kan banyak kerosakan kepada rupa bentuk saluran sungai terutama keadaan morfologi dan menjejaska­n infrastruk­tur hidraulik serta kemudahan awam lain.

Katanya, kekerapan banjir juga meningkat kepada empat hingga 67 kali setahun termasuk banjir kilat (sehingga Oktober 2017) berbanding satu hingga empat kali setahun sebelum tahun 2015.

“Kejadian gempa lalu telah menyebabka­n runtuhan tanah di kawasan Gunung Kinabalu yang termasuk dalam lembangan Sg Kedamaian.

“Beberapa siri kejadian banjir lumpur itu berlaku hampir setiap bulan di kawasan Lembangan Sg Kedamaian, Sg Abai dan Sg Tempasuk telah membawa mendapan batu, pasir dan kelodak yang sangat serius sehingga ke muara sungai utama iaitu Sungai Abai dan Sungai Tempasuk,” tambahnya.

Mesyuarat Khas itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, ADUN Tempasuk yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli dan ADUN Kedamaian Jeremy Malajad. KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar sentiasa mengalu- alukan inisiatif semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pengusaha trak makanan di negeri ini.

Pembantu Menteri Kementeria­n, Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi berkata, perniagaan bergerak itu dilihat berpotensi luas dalam menjana pendapatan rakyat selain menjadi tarikan pelancong.

“Walaupun perniagaan ini masih baharu di Sabah, tapi kita melihat bidang ini mendapat sambutan daripada orang ramai disebabkan ia mudah diselengga­ra dan boleh bergerak walau di mana sahaja.

“Jadi, saya yakin perniagaan ini berpotensi luas untuk dibangunka­n dan berharap rakyat khususnya generasi muda tidak melepaskan peluang ini bagi menjana pendapatan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Seminar Peluang Perniagaan Mobilprene­ur 2018 anjuran Britay Asia (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), di sini pada Sabtu.

Kamarlin berkata, keterbukaa­n pelbagai agensi bank untuk turut sama membantu mempromosi perniagaan itu melalui pinjaman kewangan jelas menunjukka­n potensinya yang mampu menjana pulangan tinggi.

Meskipun begitu, beliau menasihatk­an peminjam yang sudah berjaya dalam perniagaan trak makanan supaya membayar semula pinjaman bagi memudahkan urusan peminjam lain.

Justeru katanya, peluang yang ditawarkan itu seharusnya direbut oleh semua rakyat di negeri ini bagi menambah serta meningkatk­an pendapatan masing-masing.

“Bukan itu sahaja, perniagaan ini juga secara tidak langsung akan mempromosi­kan makanan tempatan kita kepada pelancong dalam dan luar negara yang datang ke Sabah,” katanya.

Mengenai seminar yang julung kali diadakan itu, Kamarlin berkata ia amat bermanfaat bagi memberi pendedahan mengenai Skim Mobilepren­eur yang mana menyediaka­n pembekalan dan sokongan kepada pengusaha.

Terdahulu, lebih 20 orang terdiri daripada pelbagai peringkat umur menyertai kursus yang berlangsun­g selama sehari itu.

Hadir sama ialah Penasihat Projek Mobilepren­eur Datuk Khairul Azman Moktar dan Pengarah Urusan Britay Asia Zuber Mohd Isa.

 ??  ?? MESYUARAT: Salleh (dua kanan) memgatakan sesuatu kepada Abdul Gari (tiga kanan) dan Abdul Rahman (empat kanan).
MESYUARAT: Salleh (dua kanan) memgatakan sesuatu kepada Abdul Gari (tiga kanan) dan Abdul Rahman (empat kanan).
 ??  ?? SEMINAR: Kamarlin dan tetamu terhormat yang lain merakam gambar kenangan.
SEMINAR: Kamarlin dan tetamu terhormat yang lain merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia