Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkatkan kualiti produk untuk masuki pasaran luar

-

KOTA KINABALU: Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) disaran supaya meningkatk­an kualiti produk masing-masing supaya boleh dieksport ke luar negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, usahawan tempatan perlu bijak mengambil peluang yang ada di sekeliling mereka jika ingin bersaing di pasaran global.

Beliau berkata, usahawan tempatan perlu mengubah mentaliti lama jika ingin bersaing dalam dunia yang penuh mencabar ini.

Katanya, usahawan harus mengenal pasti produk yang mampu menjana pendapatan lumayan seperti mengusahak­an perniagaan durian Musang King mahupun nanas madu yang boleh dipasarkan di negara seperti China.

“Dalam pembentang­an Bajet 2018, Perdana Menteri juga menyatakan tentang sumber kekayaan baharu yang harus diteroka oleh usahawan tempatan.

“Jadi, terpulangl­ah kepada usahawan untuk merebut peluang yang ada jika mereka ingin maju ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival TEKUN yang julungjulu­ng kali diadakan di negara ini.

Tajuddin berkata bagi membolehka­n usahawan memasuki pasaran antarabang­sa, agensi pembiayaan kewangan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) harus meningkatk­an had maksimum pinjaman.

Menurutnya jika had maksimum pinjaman sedia ada RM100,000, ia mungkin boleh ditingkatk­an sehingga RM500,000. Namun, ia terpulang kepada agensi berkenaan sama ada ingin meningkatk­an had pinjaman atau tidak.

Had pinjaman mungkin boleh ditingkatk­an sekiranya usahawan itu ingin mengembang­kan perniagaan hingga ke pasaran global. Peminjam juga harus mempunyai rekod bayaran balik pinjaman yang baik.

“Sejak ditubuhkan pada 1998, TEKUN Nasional menyalurka­n RM4.93 bilion kepada 399,335 usahawan seluruh Malaysia yang mana, 41,062 orang adalah usahawan dari Sabah,” katanya.

Mengenai karnival itu, Tajuddin berkata ia diadakan bagi mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an usahawan PKS di bawah TEKUN Nasional serta membantu meluaskan jar- ingan perniagaan antara usahawan.

Pada majlis itu, dana pembiayaan berjumlah RM5.41 juta diserahkan kepada seorang daripada 207 usahawan yang menerima dana berkenaan.

Seramai 23 usahawan pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Usahawan Berjaya 2017.

Karnival yang berlangsun­g selama dua hari itu memperliha­tkan penglibata­n 23 gerai pameran, 50 orang penjara serta tujuh trak makanan.

 ??  ?? MASAK GULAI: Musa, Tajuddin dan Yahya membantu memasak gulai kawah selepas melancarka­n karnival itu.
MASAK GULAI: Musa, Tajuddin dan Yahya membantu memasak gulai kawah selepas melancarka­n karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia