Utusan Borneo (Sarawak)

HLD terima sumbangan satu set komputer radiologi

-

LAHAD DATU: Jabatan Pengimejan dan Diagnostik Hospital Lahad Datu (HLD) menerima sumbangan satu set komputer radiologi bernilai RM25,000 dalam usaha menaik taraf kemudahan sistem rekod pendiagnos­isan pesakit di hospital itu, di sini pada Jumaat.

Pakar Radiologi HLD Dr Chew Chee Keong berkata kemudahan itu yang dilengkapi dengan pengisian teknologi canggih dan terkini serta pengimejan yang jelas telah disumbangk­an oleh seorang ahli perniagaan, Ng Chin Fui, 70.

Dengan adanya kemudahan itu ia akan memberi manfaat yang besar bukan sahaja kepada doktor malah juga para pesakit yang mendapatka­n rawatan di HLD, sekali gus dapat membantu menjimatka­n masa dan kos.

“Sebelum ini, kita menggunaka­n filem yang mengambil masa agak lama sehingga 30 minit untuk membolehka­n pesakit mendapatka­n laporan pemeriksaa­n diagnosis mereka, selain pesakit juga akan dikenakan caj RM10 untuk satu keping filem.

“Ia turut membantu menjimatka­n masa dan kos kerana selepas ini kita hanya akan berikan disk kepada pesakit yang mana data mereka akan menjadi lebih mudah dan jelas serta boleh dihantar terus untuk rujukan kepada doktor yang bertanggun­gjawab ke atas pesakit terbabit,” katanya.

Majlis penyerahan itu turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Hospital Lahad Datu Dr Esmar Abd Hamid dan Pengerusi Lembaga Pelawat HLD Tan Chen Teng.

Dr Esmar berkata, pihaknya amat mengalu- alukan dan mengucapka­n penghargaa­n kepada Ng atas keprihatin­an dan sumbangan yang dihulurkan oleh ahli perniagaan itu kepada pihak hospital.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapka­n berbanyak-banyak terima kasih kepada Tan Chen Teng serta seluruh ahli Lembaga Pelawat Hospital Lahad Datu yang telah banyak berjasa dan sentiasa bertungkus-lumus bagi mendapatka­n sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk HLD ini demi memenuhi keperluan dan memberi keselesaan serta kemudahan kepada para pesakit yang mendapatka­n rawatan di hospital ini,” katanya.

 ??  ?? LEBIH MUDAH: Dr Chew (tiga kanan) menunjukka­n perbezaan sistem rekod diagnosis.
LEBIH MUDAH: Dr Chew (tiga kanan) menunjukka­n perbezaan sistem rekod diagnosis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia