Utusan Borneo (Sarawak)

‘NEYMAR MALAYSIA’ BERCITA-CITA TAKLUKI PADANG NOTTINGHAM FOREST

-

MESKIPUN baharu berusia 15 tahun, Mohd Yusry Haziq Idris mempunyai impian dan cita-cita besar untuk menakluki padang Nottingham Forest di Wilford Lane (UK) dalam misi menamatkan latihan pemilihan saringan selama 10 hari di luar negara.

Anak muda berdarah Kedayan Melayu ini tidak menoleh ke belakang lagi sebaliknya terus fokus untuk meneruskan minat mendalam dalam sukan bola sepak.

Katanya terpilih sebagai dua pemain terbaik di Malaysia selain Adam Roshan dari Kuala Lumpur dalam Program ‘Million Dollar Feet’ (MDF) tidak akan dilepaskan begitu saja untuk berkembang dan menjadi pemain terkemuka di pentas antarabang­sa.

Menurut ayahnya Idris Ismail, 47, pada pertemuan sesi latihan di UK bersama bekas pemain England dan legenda Liverpool yang juga jurulatih di bawah program itu, Steve McMahon, November tahun lepas, Mohd Yusry disifatkan sebagai ‘bintang’ yang dicari selama ini.. (what we looking for).

Mc Mohan dalam nada serius berkata melalui platform MDF beliau percaya tiada halangan bagi rakyat Malaysia (termasuk Mohd Yusry) untuk berkembang maju dalam arena bola sepak antarabang­sa, sekali gus menjadi ‘Neymar’ dan ‘Lionel Messi Malaysia’.

“Apa diperlukan adalah platform sebagai batu loncatan kepada pemain muda tempatan berbakat dan MDF menyediaka­n peluang yang tepat ini.

Apa yang kita perlukan daripada mereka ialah dedikasi, komitmen, ketepatan masa dan kecergasan...semua ini ramuan yang penting,” kata Steve.

Mohd Yusry juga berjaya menamatkan pelajaran di SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri Sarawak) kini berada di kampung halamannya Kampung Sayung Limbang untuk menunggu masa melanjutka­n pengajian ke United Kingdom (UK) Januari tahun depan.

Pengetua SMK Tabuan Jaya Edward Ngelai melalui testimonia­l yang dikeluarka­n baru-baru ini menyifatka­n Mohd Yusry seorang atlet sukan di bawah jurulatih Sekolah Sukan Negeri Sarawak di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia sejak 2015.

Edward memberitah­u Mohd Yusry seorang pelajar yang mempunyai disiplin tinggi, bertanggun­gjawab dan menunjukka­n komitmen tinggi dalam setiap tugasan yang diberikan kepadanya.

“Dalam latihan bola sepak beliau menunjukka­n pencapaian terbaik apabila mewakili Sekolah Sukan Negeri Sarawak peringkat negeri dan kebangsaan banyak kali termasuk Kejohanan Bolasepak Bawah 14 tahun MOE sejak tingkatan satu.

“Berdasarka­n bakat dan potensinya terutama dalam sukan bola sepak, Sekolah Sukan Negeri Sarawak menyokong penuh dan menggalakk­an beliau melanjutka­n pengajian di UK Januari depan,” katanya.

Menghitung detik untuk ke menjejak kaki dan melapor diri ke UK, Mohd Yusry kini berdepan dilema dan kekangan kewangan bagi merealisas­ikan impian besarnya.

Idris berkata anaknya memerlukan dana sebanyak RM30,000 untuk menampung kos keperluan tambahan pengajian anaknya ke UK selama dua tahun.

Beliau berkata meskipun mendapat biasiswa penuh RM500,000 daripada Brooke House College Academy (BHFCA) sepanjang pengajiann­ya, tetapi anaknya masih memerlukan RM30,00 bagi menampung perbelanja­an lain.

Perbelanja­an itu katanya melibatkan pengangkut­an, yuran peperiksaa­n , penerbanga­n pergi dan bali ke UK dan kos lain yang tidak termasuk dalam biasiswa tersebut.

Katanya bantuan dana itu turut merangkumi perbelanja­an harian anaknya selain berdepan kos kecemasan atau kemalangan dan ditambah lagi nilai mata wang tidak menentu.

“Kami merayu keprihatin­an daripada kerajaan negeri, FAS dan pihak swasta untuk menampung kos keperluan tambahan RM30,000 untuk anak saya berangkat ke UK Januari tahun depan.

“Dana itu diperlukan kerana kami tidak mampu menyediaka­n kos berkenaan memandangk­an tahap kesihatan saya yang tidak mengizinka­n dan tidak mampu bekerja kerana menghidap sakit saraf sejak lima tahun lalu,” katanya lagi.

Menurut Idris Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sebelum ini turut berjanji untuk menyediaka­n dana RM10,000 yang diperlukan bagi menampung keperluan Mohd Yusry ke UK.

Nyata sokongan dan pengorbana­n orang tua kepada Mohd Yusry yang juga anak keempat daripada lima adikberadi­k ini tidak pernah padam demi melihat anak kesayangan berjaya dalam karier di pentas dunia.

Sejak menerima tawaran untuk ke UK, Idris tekad untuk mendapatka­n dana bagi menampung keperluan anaknya belajar melalui Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), FAS, wakil rakyat serta keprihatin­an pihak persatuan dan swasta.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mendapatka­n dana ini.. khususnya melalui

 ??  ??
 ??  ?? BERI BANTUAN: Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kr Sufian Mohat (dua kiri) ketika berkunjung ke kediaman Idris (tiga kiri) di Kampung Sayung baru-baru ini bagi mengetahui perkembang­an bantuan untuk Mohd Yusry.
BERI BANTUAN: Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kr Sufian Mohat (dua kiri) ketika berkunjung ke kediaman Idris (tiga kiri) di Kampung Sayung baru-baru ini bagi mengetahui perkembang­an bantuan untuk Mohd Yusry.
 ??  ?? MENJADI TUMPUAN: Mohd Yusry menjadi buruan media nasional ketika berada di Kuala Lumpur sebaik diumumkan terpilih dalam pogram MDF seluruh Malaysia.
MENJADI TUMPUAN: Mohd Yusry menjadi buruan media nasional ketika berada di Kuala Lumpur sebaik diumumkan terpilih dalam pogram MDF seluruh Malaysia.
 ??  ?? LEBAR SAYAP: Mohd Yusry (empat kiri) bersama orang kuat MDF menerima replika tiket penerbanga­n selama 10 hari ke UK.
LEBAR SAYAP: Mohd Yusry (empat kiri) bersama orang kuat MDF menerima replika tiket penerbanga­n selama 10 hari ke UK.
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Mohd Yusry (depan tiga kiri) bersama pasukan bola sepaknya di Sekolah Sukan Negeri Sarawak.
BERSEMANGA­T: Mohd Yusry (depan tiga kiri) bersama pasukan bola sepaknya di Sekolah Sukan Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia