Utusan Borneo (Sarawak)

SUKSAR: ZON UTARA JUARA KESELURUHA­N

Meraih 78 emas, 59 perak dan 37 gangsa selaku kontinjen pertama memenangi gelaran itu selepas 27 tahun

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Zon Utara muncul juara keseluruha­n Sukan Sarawak Edisi Pertama (SUKSAR I) Kuching 2017 yang melabuhkan tirai saingannya semalam.

Dengan pungutan 78 pingat emas, 59 perak dan 37 gangsa sekali gus membolehka­n Zon Utara melakarkan nama selaku kontinjen pertama memenangi gelaran itu selepas 27 tahun lalu.

Manakala naib juara disandangk­an Zon Selatan yang dibezakan dengan pungutan 10 emas (68) di belakang Zon Utara di samping meraih 54 perak dan 49 gangsa.

Zon Tengah selesa di kedudukan ketiga dengan membawa pulang 23 emas, 46 perak dan 51 gangsa, sementara Zon Barat menamatkan saingan di tempat keempat dengan kutipan 16 emas, 20 perak dan 24 gangsa.

Dalam pada itu, atlet olahraga Zon Selatan, Nur Farhani Kudus dinobatkan pemenang Anugerah Atlet Para H a r a p a n W a n i t a manakala atlet renang Zon Selatan, Kho Zen Wei diumumkan sebagai Atlet Para Harapan Lelaki.

Sementara itu, rakan sepasukann­ya, Tan Tyng (Renang Zon Selatan) juga diumumkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Harapan Wanita. Anugerah Atlet Harapan Lelaki dimenangi Ting Kee Wei, atlet m e m a - nah Zon Utara. S U - KSAR I Kuching 2017 berlangsun­g empat hari sejak 14 Disember lalu membabitka­n penyertaan lebih 800 atlet bertanding dalam 14 acara sukan. Temasya dwitahunan itu akan diteruskan di Miri pada edisi 2019. Usaha Sarawak menjadikan kuasa sukan negara bakal menjadi realiti dengan penganjura­n SUKSAR yang menjadi landasan melahirkan atlet-atlet berbakat.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata SUKSAR merupakan wadah pembanguna­n sukan peringkat akar umbi dalam usaha menghasilk­an generasi atlet bertaraf antarabang­sa.

“Dengan adanya SUKSAR, saya yakin atlet-atlet tempatan dapat menaikkan nama Sarawak dalam arena sukan di persada kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya pada Penutupan SUKSAR I Kuching 2017 di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan, Datu Ik Pahon Joyik.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak, Dato Sri Fatimah Ab- dullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee.

Menurut Snowdan, penganjura­n SUKSAR I menunjukka­n perkembang­an positif semasa kemunculan semula temasya itu selepas menyepi sejak 27 tahun lalu.

“Selepas 27 tahun lalu, SUKSAR dihidupkan semula tiga lalu bermula 14 hingga 17 Disember dengan menyaksika­n atlet-atlet mempamerka­n semangat perjuangan tinggi,” katanya. Dalam pada itu, SUKSAR turut menjadi lakaran sejarah pembanguna­n sukan negeri ini sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak. “Beginilah semangat sukan yang kita akan bawa ke SUKMA 2018 nanti dalam memburu kejuaraan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KAMI JUARA: Kontinjen Zon Utara meraikan detik kejuaraan mereka bersama Fatimah, Dr Ong dan tetamu lain di K Kuching semalam. ATLET HARAPAN: Fatimahmen­yampaikan Anugerah Atlet Para Harapan Wanita kepada Nur Farhani Kudus.
KAMI JUARA: Kontinjen Zon Utara meraikan detik kejuaraan mereka bersama Fatimah, Dr Ong dan tetamu lain di K Kuching semalam. ATLET HARAPAN: Fatimahmen­yampaikan Anugerah Atlet Para Harapan Wanita kepada Nur Farhani Kudus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia