Utusan Borneo (Sarawak)

Motosikal terbakar angkara perbuatan khianat

Suspek lelaki yang dikenali mangsa melarikan diri dalam kejadian di Kampung Anak Bukit, Limbang

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Malang menimpa seorang lelaki apabila motosikaln­ya musnah terbakar di tepi jalan dalam kejadian khianat api di Kampung Anak Bukit, Sabtu lepas.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, 38, mendapati motosikaln­ya hangus angkara seorang lelaki yang dikenali.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, sebaik membakar motosikal mangsa, suspek kemudianny­a melarikan diri.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM1,500.

“Satu laporan polis dibuat mangsa pada jam 9.14 malam berhubung kejadian itu,” katanya.

Katanya, pihaknya masih mengesan suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan atas dakwaan khianat dengan api.

Dalam kes berasingan Mohd Bukhori berkata, seorang

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM1,500. Satu laporan polis dibuat mangsa pada jam 9.14 malam berhubung kejadian itu. Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

kakitangan kerajaan, 53, kerugian RM3,500 selepas enjin bot sangkut jenis 40 kuasa kuda yang diletakkan di atas bot di kawasan rumahnya lesap dilarikan pencuri pagi Ahad lepas.

“Kejadian disedari mangsa jam 1.29 pagi yang mendapati enjin bot sangkut miliknya yang di letakkan di atas bot di tempat parkir kereta hilang, disyaki dicuri orang yang tidak dikenali.

“Mangsa berusaha mencari namun gagal dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” jelas beliau.

Sementara itu, satu lagi kes berasingan menyaksika­n seorang pekerja kapal warga Indonesia diberkas apabila berada di bawah pengaruh dadah ketika Ops Tapis dijalankan kelmarin.

Mohd Bukhori berkata, suspek positif Amphetamin­e dan Methamphet­amine hasil saringan awal polis terhadapny­a sebaik dibawa ke pejabat BSJN Limbang jam 7.30 pagi kelmarin.

“Suspek juga ditahan kerana gagal mengemukak­an dokumen perjalan yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,”ujarnya lagi.

 ??  ?? HANGUS: Motosikal mangsa yang dibakar di tepi Jalan Anak Bukit Sabtu lepas.
HANGUS: Motosikal mangsa yang dibakar di tepi Jalan Anak Bukit Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia