Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah cedera dibelasah suami

-

SIBU: Seorang suri rumah terpaksa menanggung kesakitan apabila dibelasah suaminya dalam satu kejadian di Kampung Bahagia Jaya di sini, kelmarin.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi, selepas mangsa bertanya kepada suaminya mengenai rancangan untuk pulang ke Mukah.

Mangsa yang tampil membuat laporan polis selepas insiden tersebut mendakwa suaminya tiba-tiba naik angin dengan bertindak meludah serta menumbuk mata kirinya.

Suspek turut menendang tubuh badan serta berkelakua­n agresif ke atas anak lelaki mereka yang berusia lima tahun.

Mangsa tidak menolak kemungkina­n kejadian itu berpunca daripada rasa cemburu terhadapny­a kerana menjadi pelayan pada majlis kenduri abang iparnya barubaru ini.

Sehingga berita ini ditulis, kes tersebut masih dalam siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia