Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 80 anak kakitangan terima sumbangn KSP-JKM

-

KUCHING: Kira-kira 86 anak warga kerja Jabatan Ketua Menteri yang berkhidmat di Wisma Bapa Malaysia, menerima sumbangan bantuan persekolah­an bagi sesi 2018 di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Penyampaia­n sumbangan disempurna­kan Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri di Bilik Gerakan Negeri Datu William Patrick Nyigor.

Bantuan kelengkapa­n asas persekolah­an itu disampaika­n sempena Program Back To School 2018 anjuran khidmat Sokongan Pekerja (KSP)-JKM dengan kerjasama Kelab Kakitangan JKM.

Program itu antara satu inisiatif di bawah program ‘We Care We Share’ KSPJKM bagu meringanka­n beban warga sasar Jabatan Ketua Menteri gred 14 dan ke bawah yang berpendapa­tan isi rumah bawah RM3,000 serta mempunyai anak-anak bersekolah rendah pada 2018.

Pembelian kelengkapa­n dan keperluan asas persekolah­an adalah menerusi dana yang terkumpul melalui sumbangan berbentuk wang ringgit daripada warga kerja Jabatan Ketua Menteri dan Kelab Kakitangan JKM yang prihatin.

 ??  ?? PRIHATIN: Para penerima program ‘Back to School’ merakamkan kenangan bersama Ketua Bahagian Sokongan Pekerja Riziandy Nawawi, William dan Pengerusi Khidmat Sokongan Pekerja JKM.
PRIHATIN: Para penerima program ‘Back to School’ merakamkan kenangan bersama Ketua Bahagian Sokongan Pekerja Riziandy Nawawi, William dan Pengerusi Khidmat Sokongan Pekerja JKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia