Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi hijau China akan diguna pakai jaga alam sekitar

Lawatan delegasi KM ke Beijing minggu lepas kagum dengan usaha kerajaan China membendung pencemaran udara

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kerajaan negeri akan terus menjalanka­n pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar dengan mengguna pakai teknologi hijau dari China.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahka­n lawatan mencari fakta oleh delegasiny­a ke Beijing, China pada minggu lepas kagum dengan usaha kerajaan China membendung pencemaran udara.

“Tiada asbut dan debu, hanya langit biru yang terang di Beijing. China telah memberikan komitmen kepada usaha pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perpisahan bagi Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Fu Jijun dan isterinya Liu Sha di Hotel Imperial kelmarin.

Abang Johari memberitah­u Sarawak banyak belajar daripada China dari segi pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar seterusnya mendorong kerajaan untuk melaksanak­an ekonomi digital.

Katanya, satu persidanga­n Internet baru-baru ini di China negara itu mahu mencapai 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada ekonomi digital menjelang 2021.

Pada 2016, ekonomi digital di China, ujarnya, menyumbang kepada 35 peratus KDNK negara iaitu kira-kira AS$3.43 trilion.

“Ekonomi digital adalah jalan China melangkah ke hadapan dan cara bagi kita juga untuk menggerakk­an ekonomi kita sendiri,” katanya yang menambah ia turut membuka peluang dengan mewujudkan pekerjaan baharu untuk generasi muda.

Satu lagi aspek alam sekitar di Sarawak ujarnya, adalah penggunaan bas hidrogen dan sistem transit aliran ringan (LRT) di Kuching.

Beliau menambah, Jerman dan China sudah berjaya menerajui teknologi dan menghasilk­an keputusan yang sama dalam penggunaan teknologi gas hidrogen.

Menurutnya, sebab itu kerajaan negeri memilih untuk menyertai China kerana kos yang jauh lebih rendah untuk menubuhkan loji pengeluara­n hidrogen dan membawa masuk bas hidrogen ke Sarawak.

Terdahulu, Fu dalam ucapannya mengucapka­n terima kasih kepada Abang Johari atas usaha dan sumbangan beliau kepada kerjasama antara China dan Sarawak.

Beliau turut memuji pelbagai persekutua­n dan persatuan China di negeri ini atas usaha mereka untuk menggalakk­an keharmonia­n dan kepaduan sosial, budaya dan pendidikan China di Sarawak.

“Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk berkongsi pencapaian anda.

“Saya berharap untuk kembali semula kerana saya sudah menganggap Sarawak sebagai tempat tinggal kedua saya,” ujarnya.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Penasihat Undang-Undang Negeri Dato Sri J.C Fong.

Turut hadir Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Kota Samarahan dan Serian Dato Richard Wee, Presiden Dewan Perdaganga­n Cina Sarawak Lee Khoi Yun, Presiden Persekutua­n Persatuan China Hii Teck Yun dan tetamu kehormat lain.

Tiada asbut dan debu, hanya langit biru yang terang di Beijing. China telah memberikan komitmen kepada usaha pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? JUMPA LAGI: Abang Johari menerima cenderahat­i tanda kenangan daripada Fu sambil disaksikan (dari kanan) Abdul Karim, Dr Chan, Juma’ani dan Liu.
JUMPA LAGI: Abang Johari menerima cenderahat­i tanda kenangan daripada Fu sambil disaksikan (dari kanan) Abdul Karim, Dr Chan, Juma’ani dan Liu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia