Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar tulang belakang komunikasi lima atau enam TBps

-

KUCHING: Sarawak meletakkan sasaran untuk meningkatk­an sistem tulang belakang komunikasi dengan kapasiti lima atau enam TeraBait sesaat (TBps).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sasaran lima atau enam TBps ini adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan pertumbuha­n Internet di negeri ini yang berganjak kepada ekonomi digital.

“Sasaran saya adalah lima hingga enam Tbps bagi tulang belakang supaya trafik Internet bergerak laju dan tidak sesak,” katanya pada sidang media selepas pelancaran sistem kabel dasar laut Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) semalam.

Majlis pelancaran yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini turut dihadiri Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM) Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Tambah Abang Johari, bagi mempercepa­tkan transforma­si ekonomi digital kerajaan juga akan bekerjasam­a dengan TM dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( MCMC) dalam menyediaka­n Internet berkelajua­n tinggi kepada rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berkongsi pelan induk lima tahun pengukuhan penyambung­an digital Sarawak (2017-2022) dengan TM dan MCMC sebagai pengemudi ke arah pembanguna­n ekonomi digital Sarawak.

Sementara itu, Dr Sulaiman berkata TM sebagai penyedia perkhidmat­an komunikasi kebangsaan berbesar hati diberi peluang untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi mempercepa­t transforma­si ekonomi digital di negeri ini.

Pembinaan sistem kabel SKR1M, katanya, menggambar­kan sokongan kuat TM terhadap inisiatif kerajaan untuk memperting­katkan kapasiti jalur lebar berkelajua­n tinggi di negara ini.

“Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjadi rakan strategik dalam inisiatif pembanguna­n negara khususnya di Sarawak ini,” katanya.

Selain SKR1M, TM juga akan meningkatk­an akses fiber di bawah jenama Unifi kepada pelanggan dan juga perniagaan seperti e-usahawan dan e-rezeki yang dinyatakan oleh Ketua Menteri.

Setakat ini, TM mempunyai 500,000 pelanggan Unifi dan syarikat menyasar untuk meningkatk­an pelanggan Unifi dan akses kepada isi rumah serta perniagaan.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PERKUKUH INTERNET: Abang Johari bercakap pada sidang media di Kuching semalam selepas pelancaran sistem kabel dasar laut SKR1M. Turut kelihatan Dr Sulaiman (kiri).
— Gambar Chimon Upon PERKUKUH INTERNET: Abang Johari bercakap pada sidang media di Kuching semalam selepas pelancaran sistem kabel dasar laut SKR1M. Turut kelihatan Dr Sulaiman (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia