Utusan Borneo (Sarawak)

20 ejen pelanconga­n China periksa produk pelanconga­n di Kuching mulai 28 Disember

-

KUCHING: Seramai 20 ejen pelanconga­n dari Guangzhou dan Shenzhen di China akan berada di bandar raya ini untuk menjalanka­n pemeriksaa­n produk pelanconga­n, bermula 28 Disember ini hingga 1 Januari depan.

Mereka adalah ejen utama di China yang dipilih dari senarai 70 ejen yang hadir pada sesi perniagaan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan syarikat tambang rendah AirAsia yang masing-masing diadakan di Guangzhou dan Shenzhen pada 13 dan 14 Disember lalu.

Program itu adalah sebahagian daripada inisiatif promosi bagi penerbanga­n terus AirAsia menghubung­kan Kuching dan Shenzen.

Lawatan suai kenal itu akan membolehka­n ejen China untuk melihat dan memeriksa sendiri pelbagai pengalaman produk pelanconga­n Sarawak serta hotel sekali gus berpeluang meluaskan rangkaian dengan rakan pelanconga­n tempatan.

Sesi itu dijalankan oleh STB dengan lima pihak hotel di Sarawak dan lapan ejen pelanconga­n akan membentang­kan pakej pelanconga­n kepada pengusaha pelanconga­n China.

Sementara itu, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin yang mengetuai delegasi jerayawara bersama pengerusi STB, Datuk Wahab Aziz, melahirkan rasa puas hati terhadap hasil lawatan ke China.

“Sesi perniagaan membolehka­n kita bertemu lebih 70 ejen China dan mereka amat berminat terhadap Sarawak kerana ia dilihat sebagai destinasi baharu.

“Penerbanga­n terus yang dicadangka­n memberi peluang kepada industri dan dengan sokongan perniagaan kukuh ejen berpangkal­an di China, kita berharap ia akan membuka lembaran baharu dalam pasaran pelanconga­n berpotensi China untuk Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lee percaya, pasaran pelanconga­n China yang besar akan membuka perniagaan hospitalit­i dan penggembar­aan di negeri ini, dan membawa peluang pelaburan berkaitan pelanconga­n untuk memacu pembanguna­n di negeri ini.

“STB akan terus bekerjasam­a dengan AirAsia bagi meneroka potensi pelanconga­n di Selatan China khasnya apabila kita akan mempunyai penerbanga­n terus,” katanya.

Sementara itu, promosi pelanconga­n untuk penerbanga­n langsung dicadangka­n itu diperluas ke Kalimantan Barat, di mana warga Indonesia dijangka transit di Kuching untuk menaiki penerbanga­n ke Selatan China.

STB terdahulu menganjurk­an Pameran Pelanconan Sarawak di Pontianak pada 17 hingga 18 November.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB Mary Wan Mering berkata, penerbanga­n terus dicadangka­n ke Shenzhen telah diterima baik oleh warga Indonesia.

Beliau menyifatka­n ia sebagai bonus berganda kepada negeri, dengan kedatangan pelancong Indonesia yang transit untuk ke Selatan China adalah baik untuk kemasukan pelancong ke negeri.

Beliau menekankan, hubungan udara adalah penting dalam mendapatka­n pelancong ke negeri ini kerana tanpanya, adalah sukar untuk mempromosi­kan destinasi ke pasaran.

“Kita berterima kasih kepada AirAsia kerana dapat meneliti keperluan kita,” katanya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Delegasi Sarawak dengan Lee (depan, empat dari kiri) dan Wahab (depan, tiga kiri) merakam kenangan dengan tetamu dari China selepas sesi perniagaan Shenzhen.
UNTUK ALBUM: Delegasi Sarawak dengan Lee (depan, empat dari kiri) dan Wahab (depan, tiga kiri) merakam kenangan dengan tetamu dari China selepas sesi perniagaan Shenzhen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia