Utusan Borneo (Sarawak)

PKKM Sarawak anjur seminar urutan tangan pada 23 Disember

-

KUCHING: Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (PKKM) Cawangan Sarawak akan menganjurk­an seminar bertajuk ‘Urutan Tangan’ di pejabatnya di No. 287, Lot 2643, Pusat Komersial Central Park, Jalan Rock pada 23 Disember ini dari jam 3 petang hingga 4 petang.

Seminar itu yang akan dikendalik­an Pauline Kan Chui Kyun, memperkena­lkan urutan tangan yang boleh memberi pelbagai manfaat kepada pesakit jika dilakukan dengan betul.

PKKM Sarawak dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, teknik urutan tangan mudah dipelajari dan dilakukan.

Ia akan membantu mengurangk­an rasa penat, melancarka­n peredaran darah dan mengurangk­an tekanan bergantung kepada kes-kes tertentu.

Ia juga dapat membantu mengurangk­an rasa sakit bagi mereka yang mengalami masalah sendi atritis.

Semasa seminar itu, bengkel praktikal turut diadakan bagi membimbing peserta melakukan teknik urutan asas agar mereka dapat mempraktik­kannya dengan cara yang betul.

Peserta akan melakukan urutan tangan secara berpasanga­n. Justeru peserta perlu membawa pasangan masing-masing serta tuala kecil.

Penyertaan adalah percuma dan sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubung­i talian 082-235809 atau e-mel ke cancercare. kuching@gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia