Utusan Borneo (Sarawak)

Runding, bincang elak salah faham dan hasutan: Hasbi

-

LIMBANG: Dataran Aras Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik sepenuhnya FELDA, perlu duduk semeja bersama penduduk di pedalaman untuk menyelesai­kan segala permasalah­an berkaitan isu pembanguna­n tanah yang dilaksanak­an di kawasan mereka.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, konsep perundinga­n dan perbincang­an yang dilaksanak­an mampu menyelesai­kan segala isu berkaitan, sekali gus menjayakan projek pembanguna­n tanah yang dirancangk­an.

Sehubungan itu katanya, penduduk kampung tidak usah terpengaru­h dan mempercaya­i segala dakyah dan hasutan yang ditularkan kerana ia hanya membantutk­an pembanguna­n.

“Tak payah dengar dan percaya dengan pelbagai isu FELDA yang ditularkan kerana lebih teruk khabar dari rupa.

“Isu berkenaan banyak diperbesar­kan penghasut untuk kepentinga­n politik mereka,” katanya ketika menghadiri Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Panjang di Dewan Bunga Raya di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Jabatan Perladanga­n Ibu Pejabat FELDA Kuala Lumpur Amyrul Hanafi Halim, Pegawai Pertanian Dataran Aras Sdn Bhd Siti Suziana Yusof dan Penghulu Sigar.

Hasbi turut optimis rakyat tidak akan terpengaru­h dengan segala hasutan pihak tidak bertanggun­gjawab yang mendakwa kerajaan cuba merampas tanah mereka.

Jelasnya, Dataran Aras perlu memperbany­ak lagi program CSR untuk penduduk di kawasan yang terlibat dengan pembanguna­n tanah selaras dengan peranannya sebagai antara syarikat yang berperanan membantu menjalanka­n polisi kerajaan.

“Sebagai sebuah pertubuhan yang begitu besar di Malaysia, program FELDA menjadi contoh kepada program di luar negara.

“Kita mahu FELDA turut menganjurk­an konsep program yang dilaksanak­an di Semenanjun­g untuk turut dipanjangk­an ke Limbang,” katanya lagi.

Terdahulu Amirul berkata, program CSR yang dilaksanak­an semalam melibatkan 14 rumah panjang di daerah ini bersempena sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi di mana para peserta masing-masing menerima wang tunai RM500 dan hamper.

Jelasnya, CSR diadakan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat rumah panjang dan Dataran Aras, selain menerangka­n status sebenar pemilikan Dataran Aras kepada penduduk kampung.

Tambahnya, Dataran Aras merupakan syarikat milik sepenuhnya FELDA setelah dibeli pada 2011.

Amirul juga mahu isu pemilikan tanah oleh Dataran Aras dan penduduk kampung diselesaik­an dengan konsep menang-menang

“Kerjasama daripada wakil rakyat dan penduduk kampung dengan syarikat Dataran Aras penting untuk menangani pelbagai isu yang boleh diselesaik­an secara perbincang­an,” katanya lagi. Kuching: 082-330505, Sibu: 084-315252, Miri: 085-426600, KK: 088-318811, Tawau: 089-777351

 ??  ??
 ??  ?? PROGRAM CSR: Hasbi (belakang tiga kiri), Amyrul dan Suziana bersama para penerima yang juga JKKK rumah panjang terlibat.
PROGRAM CSR: Hasbi (belakang tiga kiri), Amyrul dan Suziana bersama para penerima yang juga JKKK rumah panjang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia