Utusan Borneo (Sarawak)

Rubiah beri kata semangat kepada ahli keluarga kanak-kanak dikhuatiri lemas

-

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang tampil memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga kanakkanak yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Melayu di sini pada 15 Disember lalu.

Beliau juga meluangkan masa bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bagi mendapatka­n perkembang­an terkini kes tersebut.

Sebelum ini, mangsa Aiman Aifan, 6, dari Kampung Melayu, Kota Samarahan dikatakan terjatuh dari jeti dan hingga berita ini ditulis jam 3 petang semalam, usaha mencari kanak- kanak itu masih belum membuahkan hasil.

“Terima kasih atas komitmen pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia ( PDRM) serta penduduk kampung yang terlibat dalam operasi SAR mangsa.

“Saya berharap semoga usaha anda semua dipermudah­kan,” ujarnya.

 ??  ?? BERI SEMANGAT: Rubiah bersalaman dengan penduduk Kampung Melayu di pekarangan jeti di situ.
BERI SEMANGAT: Rubiah bersalaman dengan penduduk Kampung Melayu di pekarangan jeti di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia