Utusan Borneo (Sarawak)

APMM pandang serius tindakan kru nelayan Vietnam rosak unjam

-

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) memandang serius terhadap sebarang pelanggara­n undang-undang oleh nelayan, khususnya penceroboh­an zon tangkapan sehingga merosakkan unjam nelayan pesisir pantai.

Pengarah APMM Kelantan Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kebanyakan nelayan tempatan yang mengunakan kru warga asing adalah dalam Kelas C2 yang boleh beroperasi sehingga 30 batu nautika dari kawasan pantai.

“Namun mereka turut beroperasi di Zon A iaitu kurang daripada lapan batu nautika yang dikhususka­n kepada nelayan pesisir pantai.

“Justeru, pihak kami akan meneruskan operasi penguatkua­saan dari semasa ke semasa terhadap penceroboh­an yang berlaku ini,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik melalui aplikasi WhatsApp kumpulan media, di sini semalam.

Beliau mengulas gesaan lebih 200 nelayan pesisir pantai di Jeti Tanjong Kuala dekat Pantai Sabak, Peng- kalan Chepa, Kota Bharu yang mendakwa kru nelayan Vietnam menggunaka­n bot Kelas C menceroboh ke zon tangkapan nelayan pesisir pantai menyebabka­n unjam milik mereka rosak.

Nurul Hizam berkata sepanjang tahun ini, APMM Kelantan menahan 16 bot Kelas C2 kerana pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat lesen dan penceroboh­an.

Selain itu, APMM Kelantan turut merampas 25 bot nelayan asing dari Vietnam yang menceroboh perairan negara, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia