Utusan Borneo (Sarawak)

Sungai Seduan tuntut pembersiha­n segera

-

SIBU: Pihak berwajib digesa supaya segera membersihk­an tumbuhan terapung di sepanjang Sungai Seduan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini.

Keadaan itu menyebabka­n beberapa kawasan kampung di sekitar sungai tersebut seperti Kampung Sentosa Salim, Kampung Bahagia Jaya Teku dan Rumah Panjang Sabestian Ngalang berhadapan risiko banjir kilat dan air bertakung.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Masyarakat AlIkhwan Teku Sibu (PMAITS) Waili Suhaili merayu agar pihak berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan segera menyelesai­kan masalah tersebut yang menyusahka­n penduduk setempat lebih-lebih lagi apabila musim hujan.

Beliau berkata, keadaan sungai yang dipenuhi tumbuhan terapung itu menyebabka­n kelebarann­ya semakin mengecil, di mana keluasan asalnya kira-kira 50 kaki, tetapi kini hanya tinggal 20 kaki.

“Pihak berwajib perlu memberi perhatian serius tanpa membiarkan keadaan ini berlarutan begitu sahaja.

“Kita tidak mahu apabila sudah berlaku kejadian bencana alam seperti banjir baharulah pihak terbabit mahu bertindak,” katanya yang menemui Utusan Borneo, baru-baru ini.

Menurut Waili, banyak surat aduan dan permohonan daripada penduduk kampung telah dimajukan kepada pihak berkuasa namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan segera diambil.

Malah beliau berkata, surat aduan turut dihantar kepada Pejabat Residen Bahagian Sibu, Pejabat Daerah Sibu dan jabatan berkaitan lain.

 ??  ?? BERTEBAT: Keadaan Sungai Seduan di Jalan Tun Ahmad Adruce yang dipenuhi tumbuhan terapung.
BERTEBAT: Keadaan Sungai Seduan di Jalan Tun Ahmad Adruce yang dipenuhi tumbuhan terapung.
 ??  ?? SEMAKIN SEMPIT: Sungai Seduan yang selebar 50 kaki kini tinggal 20 kaki.
SEMAKIN SEMPIT: Sungai Seduan yang selebar 50 kaki kini tinggal 20 kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia