Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen daftar e-Kasih UPP Pujut mendapat sambutan

-

MIRI: Kempen pendaftara­n e-Kasih oleh Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut terus mendapat sambutan baik penduduk di sini.

Pengerusin­ya Bruce Chai berkata, ramai tampil menemui mereka untuk dibantu menguruska­n permohonan di Pejabat Daerah.

Terbaharu, semalam 10 keluarga yang merupakan kumpulan kedua projek ini dibawa ke Pejabat Daerah untuk proses pendaftara­n e-Kasih.

Mereka merupakan penduduk dari Kampung Piasau Utara dan Kampung Pulau Melayu.

Turut serta tiga keluarga dari kumpulan pertama untuk sesi temu ramah peringkat terakhir.

“Pegawai dari Pejabat Daerah telah datang ke rumah mereka.

“Mereka membuat permohonan untuk bantuan memulakan perniagaan dan memperbaik­i rumah,” jelasnya.

Bruce memberitah­u, antara pendaftar ialah duda tiga anak berusia dua, lima dan lapan tahun yang memohon bantuan kebajikan dan pendidikan.

Kempen pertama pada 5 Oktober lalu turut melibatkan 10 keluarga.

Bruce gembira kerana proses pendaftara­n berjalan lancar dan mengharap lebih ramai lagi tampil menemui mereka sekiranya mahu mendapat bantuan.

UPP turut menyediaka­n khidmat menghantar pemohon ke Pejabat Daerah kerana ratarata daripada mereka tidak memiliki kenderaan.

Bruce memberitah­u, hasil sesi bertemu penduduk bersama Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) UPP Pujut, ramai mengadu tidak memiliki kenderaan sebagai faktor penghalang untuk tidak mendaftar e-Kasih.

Hasil pendaftara­n e-Kasih, pihak berkuasa mengenal pasti penduduk miskin khasnya miskin tegar yang layak dibantu.

Antara bantuan yang ditawarkan ialah bantuan ekonomi, modal insan, pendidikan, bantuan makanan, bantuan bina baharu rumah, baik pulih rumah dan kemahiran.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Chan (sembilan kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wen sambil disaksikan Tan (tengah).
PENGHARGAA­N: Chan (sembilan kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wen sambil disaksikan Tan (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia