Utusan Borneo (Sarawak)

Nasib mangsa kebakaran di Sarikei terus dapat perhatian

-

SARIKEI: Nasib sepuluh sekeluarga yang hilang tempat tinggal selepas rumah sewa mereka hangus dalam kebakaran di Jalan Masjid Baru di sini, baru-baru ini terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Antara yang menghulurk­an sumbangan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Teng Ung Woo.

Sumbangan Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang disampaika­n melalui pusat khidmat PBB N.41 Kuala Rajang manakala sumbangan Norah disampaika­n melalui pegawai khas beliau.

Selain itu, pelbagai agensi dan pertubuhan turut menghulurk­an sumbangan masing-masing, antaranya, Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM), Tabung Baitulmal Sarawak ( TBS), Harakah Islamiah (HIKMAH), Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.41 Kuala Rajang, Kelab Rekreasi LC Crew Sarawak Sarikei (KRLCCS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Dalam kejadian jam 10 pagi pada 11 Disember lalu, kebakaran tersebut mengakibat­kan kesemua mangsa tinggal sehelai sepinggang meskipun terselamat apabila tidak berada di rumah pada waktu kejadian.

Sehubungan itu, salah seorang mangsa Nor Atikah Abdullah, 37, melahirkan perasaan terharu atas keprihatin­an semua pihak.

“Saya tidak menyangka nasib yang menimpa keluarga kami mendapat perhatian banyak pihak.

“Sehubungan itu, saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang telah menghulurk­an sumbangan,” katanya, semalam.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Parti SUPP Sarikei menyampaik­an sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada Nor Atikah sekeluarga.
RINGANKAN BEBAN: Parti SUPP Sarikei menyampaik­an sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada Nor Atikah sekeluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia