Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak PKS dari Sarawak diseru terlibat dalam DFTZ

-

KUCHING: Lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari Sarawak diseru terlibat dalam Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

Pengurus Saluran Global Kumpulan Alibaba Jason Wen berkata, majoriti daripada lebih 1,500 PKS yang terlibat dalam DFTZ adalah daripada Semenanjun­g Malaysia.

Justeru, katanya, beliau berharap lebih banyak PKS dari Sarawak terlibat dalam DFTZ.

Perkara itu disuarakan ketika kunjungan hormat Kumpulan Alibaba dari China ke atas Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Kuching, baru-baru ini.

Rombongan Kumpulan Alibaba diketuai Wen, disambut oleh Presiden Dewan Tan Jit Kee dan Pengerusi Jawatankua­sa Digital Ekonomi Dewan Rodger Chan.

Pada program itu yang diselitkan dengan sesi dialog, Chan turut mendapatka­n butiran mengenai usaha sama Alibaba dengan kerajaan Malaysia.

Tan pula bertanya mengenai prosedur prasyarat dan aplikasi platform e-dagang Alibaba dan DFTZ.

Katanya, ia merupakan isu penting yang perlu ditangani kerana masih banyak perniagaan tempatan khususnya PKS yang tidak biasa dengan butiran operasi sebenar e-dagang Alibaba dan DFTZ.

Dengan itu, diharapkan lebih banyak dialog dan seminar boleh diadakan bersama oleh Alibaba dan rakan tempatan bersama dewan berkenaan.

Hadir sama, rakan tempatan Kumpulan Alibaba Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabang­sa FAME David Chew dan Ketua Pegawai Operasi URCE Steve Chea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia