Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah pegawai SWCorp, pengurus syarikat khidmat pengangkut­an dipenjara, didenda

-

KUALA LUMPUR: Akibat merasuah pegawai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp), seorang pengurus syarikat khidmat pengangkut­an dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Azura Alwi menjatuhka­n hukuman itu terhadap Cheong Fook Seong, 57, selepas tertuduh mengaku bersalah memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada Pegawai Penguat Kuasa SWCorp Mohd Zaki Harry Susanto.

Rasuah itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang- undang terhadap lori yang dipandu Said Abdullah milik Ngan Chooi Huah Enterprise kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh dipenjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 Disember lalu dan penjara 20 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda itu. Kesalahan itu dilakukan di pejabat Pegawai Penguat Kuasa KP48, Tingkat 4, SWCorp Wisma UOA Pantai, Jalan Pantai Jaya, di sini, pada jam 4.30 petang, 12 Dis lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suru- hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Lim Chi Chou merayu hukuman ringan, bagaimanap­un Pegawai Pendakwa SPRM Afiqah Ab Razak memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira kepentinga­n awam.

Mengikut fakta kes, pada 11 Disember lalu, beberapa pegawai dari SWCorp menahan sebuah lori milik Ngan Chooi Huah Enterprise yang mem- buang sisa tanah di lokasi yang tidak dibenarkan dan tidak berlesen sebelum lori tersebut diarahkan untuk dibawa balik ke Pejabat SWCorp.

Keesokan harinya pada 12 Disember, tertuduh pergi ke pejabat SWCorp Wilayah Persekutua­n untuk membincang­kan penahanan lori milik syarikat isterinya (Ngan Chooi Huah Enterprise) dan berjumpa dengan Mohd Zaki.

Dalam pertemuan itu, tertuduh telah meminta Mohd Zaki untuk membebaska­n lorinya termasuk tidak mengenakan tindakan mahkamah dan pada masa sama tertuduh terus memasukkan wang sebanyak RM3,000 ke dalam poket Mohd Zaki. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia