Utusan Borneo (Sarawak)

SPR dibenar jalankan inkuiri tempatan di Selangor

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) kini boleh melaksanak­an inkuiri tempatan bagi cadangan proses persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor selepas Mahkamah Rayuan mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengeluark­an perintah penggantun­gan sementara.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Hakim Tan Sri Idrus Harun yang mengetuai panel tiga hakim berkata terdapat merit dalam permohonan SPR untuk mengetepik­an perintah penggantun­gan sementara oleh Mahkamah Tinggi itu.

Keputusan majoriti itu dicapai melalui Idrus dan Datuk Yaacob Md Sam yang menyebelah­i SPR manakala Datuk Rhodzariah Bujang mencapai keputusan menentang.

“Kami sehubungan itu membenarka­n usul Suruhanjay­a Pilihan Raya.

“Kami bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutua­n bahawa kesan perintah penggantun­gan sementara itu telah menghalang SPR menjalanka­n fungsinya,” kata Idrus.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutua­n Datuk Amarjeet Singh yang mewakili SPR berhujah bahawa SPR ketika melaksanak­an tugas dalam merumuskan cadangan (bagi persempada­nan semula), ia sebenarnya menjalanka­n sebahagian fungsinya seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n untuk pihak legislatif.

Amarjeet juga berkata, fungsi legislatif tidak boleh dicabar di mahkamah, menyebabka­n pendengara­n inkuiri tempatan bagi 101 pihak lain tidak dapat dijalankan kerana perintah penggantun­gan itu.

Peguam Datuk S. Ambiga pula berhujah perintah penggantun­gan yang diputuskan Mahkamah Tinggi itu tidak menjejaska­n mana- mana pihak.

Beliau berkata, permohonan itu harus ditolak untuk mengekalka­n status quo dan hak pihak-pihak berkenaan.

Pada 8 Disember, SPR memfailkan permohonan bagi mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantun­g proses inkuiri tempatan bagi kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di Selangor sementara menunggu rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Dalam permohonan itu, SPR berkata perintah penggantun­gan itu bertentang­an Perlembaga­an Persekutua­n dan menghalang SPR melaksanak­an fungsinya.

SPR berkata perintah itu telah menafikan hak pengundi lain di Selangor dan semua inkuiri tempatan bagi negeri lain yang terlibat pelaksanaa­n persempada­nan semula itu selesai kecuali Selangor.

Pada7Disem­berMahkama­h Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan kerajaan Selangor untuk mencabar persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN Selangor oleh SPR.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan kerajaan negeri untuk menggantun­g proses inkuiri tempatan bagi kawasan Parlimen dan DUN Selangor sementara menunggu rayuan diputuskan Mahkamah Rayuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia