Utusan Borneo (Sarawak)

UUM serah pada polis isu kereta YDP MPP disimbah cat

-

ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) menyerahka­n sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat kejadian kereta Perodua Myvi milik Yang Dipertua ( YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu disimbah dan diconteng cat semalam.

Naib Canselorny­a Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu dan yakin pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggun­gjawab.

“Mungkin ada pihak yang dengan sengaja cuba mewujudkan keadaan seperti itu, kita akan membantu pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan biar polis ambil tindakan dan dakwa mereka yang bersalah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Awal pagi semalam, kereta milik Muhammad Luqman Ismail, 22, yang diletakkan di Inapan Siswa di UUM itu disimbah dengan cat merah selain diconteng dengan perkataan seperti ‘Macai HEP’ (Hal Ehwal Pelajar).

Muhammad Luqman yang merupakan penuntut tahun tiga Sarjana Muda Pengurusan Awam itu berkata, beliau menyedari kejadian tersebut pada jam 9.30 pagi semalamsew­aktu hendak menghadiri kelas sebelum bertindak menghubung­i naib canselor bagi memaklumka­n kejadian.

Beliau kemudian membuat laporan polis pada jam 1 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu bersama beberapa pemimpin tertinggi universiti.

Muhammaq Luqman dipilih menjadi YDP MPP pada September lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim mengesahka­n menerima laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia