Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa diarah buat bayaran ke akaun tertentu, tuntut barang yang sebenarnya tiada di pejabat pos

-

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesan taktik terbaharu sindiket Macau Scam yang menggunaka­n nama Pos Malaysia untuk menipu mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan Supt Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, sindiket berkenaan akan menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia dan menghubung­i nombor telefon sebelum menyuruh mangsa mengambil barangan di pejabat syarikat berkenaan.

“Dalam perbualan telefon itu juga, sindiket berkenaan akan meminta salinan kad pengenalan dan menyuruh mangsa membuat bayaran ke akaun tertentu.

“Mangsa hanya menyedari diri mereka tertipu apabila tiba di pejabat pos yang diarahkan dan gagal menuntut barangan kerana barangan tersebut memang tiada dalam simpanan pejabat pos itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Beliau bagaimanap­un tidak mendedahka­n jumlah dan kerugian yang dialami mangsa yang ditipu sindiket berkenaan.

Mohamed Zulmazi ber- kata, sekiranya mangsa sudah memindahka­n wang ke akaun yang diarahkan, potensi untuk mendapatka­n semula wang tersebut sudah terlambat kerana biasanya wang di dalam akaun terbabit akan dikeluarka­n suspek secepat mungkin.

Katanya, akaun yang digunakan biasanya milik individu tertentu dan dipercayai sudah berpakat dengan sindiket dengan ganjaran komisen.

Mengulas lanjut, Mohamed Zulmazi berkata, antara lain modus operandi sindiket Macau Scam ini termasukla­h menyamar sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman, pengutip hutang, pihak bank dan sebagainya bagi menimbulka­n kebimbanga­n kepada mangsa.

Beliau berkata sindiket ini turut membuat pelbagai ugutan termasuk mahu menahan mangsa menyebabka­n mangsa ketakutan dan mengikut arahan mereka sehingga akhirnya sedar wang sudah diserahkan.

Dalam pada itu, beliau berkata kes penipuan membabitka­n sindiket Macau Scam ini meningkat 375 peratus kepada 19 kes pada tahun ini membabitka­n kerugian RM313,090 berbanding

Mangsa hanya menyedari diri mereka tertipu apabila tiba di pejabat pos yang diarahkan dan gagal menuntut barangan kerana barangan tersebut memang tiada dalam simpanan pejabat pos itu. Supt Mohamed Zulmazi Che Daud Ketua JSJK Kelantan

empat kes dengan kerugian RM162,490 pada tahun lepas.

“Orang ramai diminta supaya sentiasa berwaspada sekiranya mendapat panggi- lan daripada sindiket sebegini dan jangan sesekali memberi maklumat peribadi khususnya nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar bernama ?? REMPUH: Dua kenderaan remuk selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 66 Jalan KuantanSeg­amat yang mengorbank­an seorang mangsa di Pekan, semalam.
— Gambar bernama REMPUH: Dua kenderaan remuk selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 66 Jalan KuantanSeg­amat yang mengorbank­an seorang mangsa di Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia