Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut, lapan cedera dalam kemalangan berasingan di Pahang

-

PEKAN: Dua maut dan lapan cedera dalam kemalangan di sini semalam dan di Lipis petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata, dalam kemalangan membabitka­n dua kereta di Km66, Jalan Kuantan-Segamat pada kira-kira jam 10 pagi semalam, Cheng Ying Yee, 19, yang beralamat di Taman Meranti, Bahau, Negeri Sembilan maut di tempat kejadian.

Rakannya Mah Swee Keng, 19, yang patah paha kiri dan pemandu sebuah lagi kereta Azizah Din, 55, dari Felda Selancar 1, Muadzam Shah yang cedera kini dirawat di Hospital Pekan, katanya ke- tika dihubungi Bernama.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata, seorang wanita maut manakala empat anaknya parah apabila kereta dipandu suaminya bertembung dengan sebuah bas ekspres di daerah itu pada jam 6.30 petang kelmarin.

Katanya Mok Foong Yuen, 43, yang merupakan seorang peniaga maut di tempat kejadian manakala suaminya Liew Chee Yuen, 51, dan pemandu bas ekspres Muhammad Mazlan Mt Shahbudin, 29, hanya mengalami kecederaan di kaki.

Empat anak pasangan itu yang cedera parah ialah Christina Liew Jia Hui, 19, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford; Catherine Liew Sin Hui, 17, pelajar SMK Chung Hwa; Caroline Liew Wen Hui, 16, pelajar sebuah sekolah swasta di Kota Bharu, Kelantan dan Liew Wen Kang Vincent, 13, pelajar SMK Chung Hwa di sini kini dirawat di Hospital Lipis, katanya.

Azry Akmar berkata sembilan penumpang bas ekspres dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur itu tidak mengalami kecederaan. Beliau meminta saksi kemalangan itu tampil untuk membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia