Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki terlibat kegiatan pecah cermin kereta, samun diberkas

-

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan pecah cermin kereta sebelum melarikan barangan berharga yang ditinggalk­an di dalam kenderaan berkenaan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan oleh orang ramai di sebuah stesen minyak berhampira­n hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Butterwort­h Kulim( BKE), di Kubang Semang di sini kira-kira jam 8.15 pagi kelmarin.

Katanya, lelaki itu ditangkaps selepas dia memecahkan cermin kereta milik seorang wanita berusia 23 tahun sebelum melarikan beg tangan mangsa berkenaan.

“Dalam kejadian itu, suspek itu telah memecahkan cermin kereta sebelah pemandu dan mengambil beg tangan mangsa yang berada di tempat duduk sebelum cuba melarikan diri.

Mangsa yang nampak kejadian tersebut terus menjerit meminta tolong,” katanya di sini semalam.

Nik Ros Azhan berkata, orang ramai yang terdengar jeritan wanita itu bertindak menahan lelaki berkenaan dan berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditangkap berhampira­n semak bersebelah­an stesen minyak tersebut.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah selain positif dadah itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia