Utusan Borneo (Sarawak)

33 institusi pengajian swasta ditutup tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara ditutup tahun ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata ini disebabkan oleh beberapa sebab seperti tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan serta pengurusan dan kualiti yang lemah akibat masalah kewangan.

Sebagai contoh, Idris menarik perhatian kepada kolej yang tidak mempunyai pelajar yang mencukupi atau pensyarah yang berkelayak­an dan sesetengah kolej pula meminta untuk menghentik­an operasi secara sukarela.

“Apabila kita mendapati mereka beroperasi tanpa mematuhi keperluan, mereka perlu menutup operasi… kita tidak boleh menjejaska­n kualiti pendidikan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaik­an sijil penarafan kepada IPTS yang layak pada majlis penarafan Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) 2016/2017 di sini semalam.

Idris berkata kualiti kolej swasta di negara ini tidak akan dikompromi dan ini terbukti melalui pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ( Akta 555) yang berkuat kuasa pada 28 Nov untuk mengawal selia IPTS.

Idris berkata bagi 2016/2017, sejumlah 336 kolej menyertai MyQUEST dengan memasukkan data dan respons ke dalam sistem berasaskan web dan hanya 276 kolej memenuhi kriteria kelayakan dan layak untuk diaudit.

Menurut beliau, daripada 276 kolej, hanya 206 diberi penarafan dengan 15 kolej mencapai enam bintang – penarafan tertinggi yang mungkin – berbanding sembilan pada 2014/ 2015, 63 mencapai lima bintang (sebelumnya 52), 61 empat bintang (sebelumnya 46) dan 67 tiga bintang (sebelumnya 92).

MyQUEST merupakan sistem yang dibangunka­n oleh kementeria­n untuk menilai prestasi kolej swasta di Malaysia, dan menambah baik kualiti pendidikan yang disediakan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENARAFAN: Idris (dua, kiri) menyampaik­an Sijil Penarafan MyQuest 2016/2017 kepada wakil Kolej Sunway Kuala Lumpur Annie Lim pada Majlis Penarafan MyQuest 2016/2017 semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.
— Gambar Bernama PENARAFAN: Idris (dua, kiri) menyampaik­an Sijil Penarafan MyQuest 2016/2017 kepada wakil Kolej Sunway Kuala Lumpur Annie Lim pada Majlis Penarafan MyQuest 2016/2017 semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia