Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan meriah bagi Perdana Menteri di Sri Lanka

-

COLOMBO: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan meriah dengan penuh penghormat­an polis sebaik sahaja beliau tiba di Istana Presiden di sini semalam untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Sri Lanka Maithripal­a Sirisena.

Ketibaan perdana menteri diiringi batalion berkuda disambut dengan persembaha­n tarian tradisiona­l ‘Kandian’ dan tembakan meriam 21 das, sebelum beliau memeriksa kawalan kehormat pada jam 10 pagi waktu tempatan.

Najib dan Sirisena kemudian mengadakan pertemuan empat mata selama kira-kira 30 minit, disusuli mesyuarat dua hala bersama anggota delegasi dari kedua-dua negara selama hampir satu jam, dan kedua- dua pemimpin kemudian menyaksika­n pemeteraia­n tiga Memorandum Persefaham­an (MoU).

Memorandum berkenaan adalah antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka berkaitan kerjasama dalam bidang latihan bagi diplomat.

Dua lagi MoU membabitka­n Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MiGHT) dan Sekretaria­t Penyelaras bagi Sains, Teknologi dan Inovasi Sri Lanka serta Science2Ac­tion dan Malaysian Bioeconomy Developmen­t Cooperatio­n Sdn Bhd berhubung kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi serta sektor bioteknolo­gi.

Perdana Menteri dan anggota delegasi dari kedua-dua negara kemudian menghadiri majlis makan tengah hari dihoskan Presiden di kediamanny­a.

Ini diikuti perbincang­an meja bulat bersama peneraju industri terdiri daripada firma Malaysia, Sri Lanka dan antarabang­sa, sebahagian besarnya mewakili sektor perkhidmat­an termasuk telekomuni­kasi, teknologi komunikasi maklumat (ICT), pekilangan, pelanconga­n, perkhidmat­an kewangan dan pertanian.

Setakat 2016, Sri Lanka merupakan rakan dagang ke-41 terbesar bagi Malaysia; destinasi eksport ke-33 terbesar; dan sumber import ke-67 terbesar. Bagi tempoh sama, Malaysia adalah rakan dagang ke-10 terbesar bagi Sri Lanka; destinasi eksport ke-37 terbesar dan sumber import keenam terbesar.

Eksport Malaysia ke Sri Lanka pada 2016 adalah AS$ 579.9 juta (Januari-Oktober 2017: AS$483.4 juta).

Eksport utama termasuk produk petroleum; minyak sawit dan produk berasaskan sawit; kimia dan produk kimia; produk elektrik dan elektronik; kayu gergaji dan pengacuan.

Sementara itu, jumlah import dari Sri Lanka pada 2016 adalah AS$59.2 juta (Januari-Oktober 2017: AS$60.2 juta).

Import utama termasuk tekstil; pakaian dan kasut; makanan proses; getah asli; produk petroleum dan produk getah.

Pelaburan Malaysia di Sri Lanka berjumlah AS$3.1 bilion menerusi 47 projek yang menyediaka­n 8,335 peluang pekerjaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT TIBA: Najib disambut Presiden Sri Lanka Maithripal­a Sirisena semasa tiba di Presidenti­al Secretaria­t Building semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT TIBA: Najib disambut Presiden Sri Lanka Maithripal­a Sirisena semasa tiba di Presidenti­al Secretaria­t Building semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia