Utusan Borneo (Sarawak)

Pencalonan Anugerah Kewartawan­an SOPA 2018 di Hong Kong dibuka

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit-penerbit di Asia (SOPA) yang berpusat di Hong Kong mengumumka­n bahawa pencalonan untuk Anugerah SOPA 2018 bagi Kecemerlan­gan Editorial kini dibuka.

Dalam satu kenyataan, ia berkata anugerah tersebut menandakan ulang tahun ke-20 pelancaran Anugerah tahunan SOPA.

“Sejak dilancarka­n pada 1999, anugerah berkenaan telah menjadi penanda aras bertaraf dunia untuk mengiktira­f amalan terbaik dalam kewartawan­an di Asia Pasifik sambil memacu inovasi kewartawan­an merentasi platform media antarabang­sa, serantau dan tempatan,” kata kenyataan itu.

Penghargaa­n tertinggi SOPA mulai 2018 ialah Anugerah SOPA bagi Kewartawan­an Perkhidmat­an Awam yang memberi penghargaa­n kepada usaha kewartawan­an yang cemerlang -oleh individu atau pasukan wartawan – yang merupakan sumbangan teladan kepada perkhidmat­an awam di rantau Asia Pasifik.

Selain itu, anugerah Kecemerlan­gan dalam Liputan Gaya Hidup kini dikenali Kecemerlan­gan Pelaporan Seni dan Kebudayaan sebagai menghargai usaha yang menunjukka­n standard tinggi pelaporan dan penulisan dalam topik seni halus dan budaya termasuk makanan dan kembara.

Pencalonan boleh dibuat secara dalam talian di www. sopawards. com. Finalis anugerah akan diumumkan pada Mei 2018 sementara pemenang diumumkan pada Majlis Jamuan Malam Gala Anugerah SOPA pada 13 Jun, 2018 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.

Tarikh akhir penyerahan pencalonan ialah jam 3 petang waktu Hong Kong pada 31 Jan, 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia