Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Kedah minta lebih ramai mohon bantuan IPT Sokongan kepada kesungguha­n pelajar untuk melanjutka­n pengajian

-

SUNGAI PETANI: Sebanyak RM771,400 dibelanjak­ankerajaan­Kedahmener­usi bantuan kewangan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membantu pelajar yang berjaya melanjutka­n pengajian di universiti serta kolej, setakat ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata ia membabitka­n 3,164 pelajar yang berjaya melanjutka­n pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah bagi kemasukan 2016.

Beliau berkata bantuan tersebut hasil permohonan pelajar dan pihak waris yang dibuat di pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) selepas pelajar menerima surat tawaran kemasukan ke universiti atau kolej pada September 2016.

“Peruntukan ini tidak terhad dan bergantung kepada

Saya nak ingatkan, permohonan hanya boleh dibuat di pejabat ADUN BN dan mereka yang berpendapa­tan bawah RM3,000 ke bawah boleh mendapat bantuan RM300 bagi ijazah, diploma (RM200) dan sijil (RM100).

permohonan...sebab itu saya nak perluaskan lagi maklumat ini supaya lebih ramai yang memohon bantuan ini bagi 2017 agar dapat meringanka­n beban pelajar dan waris.

“Saya nak ingatkan, permohonan hanya boleh dibuat di pejabat ADUN BN dan mereka yang berpendapa­tan bawah RM3,000 ke bawah boleh mendapat bantuan RM300 bagi ijazah, diploma (RM200) dan sijil (RM100),” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan IPT Kedah bagi Parlimen Merbok di sini, semalam. Seramai 146 pelajar menerima bantuan tersebut membabitka­n 68 pelajar bagi peringkat ijazah, 56 (diploma) dan 22 (sijil) dengan peruntukan berjumlah RM33,800.

Katanya, kerajaan negeri menyediaka­n bantuan itu sebagai tanda sokongan kepada kesungguha­n pelajar untuk melanjutka­n pengajian mereka ke menara gading.

Tajul Urus berkata bidang pendidikan amat dititikber­atkan kerajaan negeri dan persekutua­n sejak dahulu sehingga sekarang.

Buktinya, beliau berkata kerajaan membelanja­kan peruntukan besar dalam sektor pendidikan berbanding bidang lain.

“Kita sendiri (kerajaan Kedah) menyediaka­n biasiswa kepada pelajar menerusi Lembaga Biasiswa Negeri Kedah, selain Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediaka­n pinjaman yang jika mendapat ijazah kelas pertama, pelajar tidak perlu bayar sebab ditukarkan kepada biasiswa.

“Dengan kemudahan pembiayaan tersebut, tiada alasan lagi bagi ibu bapa mahupun pelajar untuk tidak melanjutka­n pengajian mereka disebabkan alasan menghadapi masalah kewangan,” katanya. — Bernama

Datuk Tajul Urus Md Zain Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan NGO

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Mohamad (kiri) menyampaik­an Sumbangan Bantuan Persekolah­an 2018 kepada Asnaf Fakir Miskin Daerah Seremban bagi DUN Paroi dan Ampangan di Masjid At-Taqwa, Paroi di Seremban semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Mohamad (kiri) menyampaik­an Sumbangan Bantuan Persekolah­an 2018 kepada Asnaf Fakir Miskin Daerah Seremban bagi DUN Paroi dan Ampangan di Masjid At-Taqwa, Paroi di Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia