Utusan Borneo (Sarawak)

Premis bengkel kereta di KL hanya di kawasan perindustr­ian

-

KUALA LUMPUR: Permohonan baharu lesen premis bagi aktiviti bengkel kereta di Kuala Lumpur hanya dibenarkan di kawasan perindustr­ian sahaja, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Beliau berkata setiap permohonan lesen akan diteliti melalui Jawatankua­sa Pe- lesenan Premis yang dianggotai pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia, Suruhanjay­a Syarikat Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melihat kesesuaian lokasi perniagaan sebelum kelulusan diberi.

“DBKL sentiasa memantau dan mengambil tindakan ke atas bengkel kenderaan yang didirikan secara haram, menimbulka­n gangguan kepada masyarakat dan pencemaran,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas yang ingin tahu tindakan DBKL bagi mengatasi masalah bengkel kereta yang berselerak dan didirikan secara haram di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur.

Katanya kini terdapat 830 premis bengkel kereta berlesen di Kuala Lumpur dan jumlah itu masih rendah berbanding bilangan kenderaan berdaftar di ibu negara pada masa ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia