Utusan Borneo (Sarawak)

United kembali rapatkan jurang 11 mata di belakang City selepas kemenangan 2-1 di West Brom Ahad lepas

-

WEST BROMWICH, England: Pengurus Manchester City, Jose Mourinho, menegaskan Manchester United tidak akan berputus asa dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kembali merapatkan kedudukan dengan kurang 11 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City Ahad lepas.

United menang 2-1 di West Bromwich Albion menerusi gol Romelu Lukaku dan Jesse Lingard sebelum Gareth Barry merapatkan kedudukan buat pasukan tuan rumah.

Dan Mourinho berasa yakin pasukannya akan terus bersaing sehingga ke akhir musim walaupun kelab jiran mereka memiliki jurang mata yang sangat besar.

“Saya tahu persoalan sentiasa datang dari arah yang sama dan saya juga tetap berkata perkara yang sama,” kata Mourinho.

“Perlawanan terakhir kami dalam Liga Perdana ialah menentang Watford di Old Trafford, pada pertengaha­n bulan Mei dan sehingga perlawanan itu – kami akan cuba memenangi semua perlawanan.

“Jika orang bertanya soalan itu kepada kami dan kemudian anda bertanya kepada pasukan di tangga ketiga, keempat, kelima dan seterusnya, mungkin soalan itu tidak akan dijawab.

“Mungkin mereka mahu pergi bercuti sahaja. Kami tidak mahu bercuti. Kami mahu bermain sehingga ke perlawanan terakhir.”

Walaupun menang, United perlu memeriksa tahap kecergasan pemain pertahanan­nya, Antonio Valencia, yang terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan pada minit ke-66.

Beliau akan dinilai menjelang perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris di Bristol City Rabu ini dan perlawanan Liga Perdana di Leicester City pada hari Sabtu.

“Kecederaan Valencia adalah apa yang saya gelar kecederaan bulan Disember,” kata Mourinho.

“Ia adalah kecederaan ker- ana keletihan. Ia masalah otot. Kecederaan serius atau tidak? Saya tidak tahu. Beliau pemain berpengala­man yang akan tahu bagaimana untuk mengharung­inya. Tetapi ia adalah kerana keletihan – semua pemain dalam Liga Perdana tahu kecederaan ini, terutama sekali mereka yang juga bermain dalam pertanding­an piala dan di Eropah. Mereka paling berisiko tinggi.”

Kekalahan menyebabka­n West Brom masih tanpa kemenangan dalam empat perlawanan sejak di bawah bimbingan Alan Pardew walaupun beraksi lebih baik dalam separuh masa kedua.

Dan Pardew mengakui kesilapan beliau sendiri selepas perlawanan. “K a m i kecewa d a l a m s e p a r u h masa pertama dan saya fikir saya memilih pasukan yang salah,” kata beliau.

“Pemain yang memberikan bermain dengan baik di Liverpool, sememangny­a saya semakin mengenali mereka tetapi saya tidak fikir kami mempunyai tenaga seperti itu dalam separuh masa pertama untuk menentang Man United. Mereka (United) kelihatan begitu selesa mengawal permainan.

“Dalam separuh masa kedua, kami memiliki pengalaman Gareth Barry, saya fikir beliau melakukan perbezaan besar apabila dimasukkan.

“Dan kemudian Chris Brunt masuk dan tiba-tiba kami lebih mengancam di pintu gol mereka. Ia pengajaran untuk pemain lain tentang k e y a k i - n a n d e n - g a n a p a y a n g mereka l a k u - kan.” —

AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KENTAL: Pemain pertahanan United, Chris Smalling (tengah) mengasak penyerang West Brom, Salomon Rondon ketika bersaing pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di The Hawthorns, West Bromwich pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters KENTAL: Pemain pertahanan United, Chris Smalling (tengah) mengasak penyerang West Brom, Salomon Rondon ketika bersaing pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di The Hawthorns, West Bromwich pada Ahad lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA: Lukaku meraikan jaringanny­a pada aksi di The Hawthorns, West Bromwich Ahad lepas.
— Gambar Reuters CERIA: Lukaku meraikan jaringanny­a pada aksi di The Hawthorns, West Bromwich Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia