Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi suku akhir menentang Leicester tawar City peluang kekal di landasan rangkul tiga kejuaraan

-

LONDON, England: Dengan Manchester City begitu selesa di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris minggu ini menawarkan City satu peluang untuk kekal di landasan memenangi tiga kejuaraan domestik.

City bertandang ke Leicester dengan harapan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir yang kedua kejohanan sepanjang 18 bulan Guardiola membimbing kelab selepas tewas di peringkat separuh akhir kepada Arsenal musim lepas.

Piala Liga juga memberikan harapan kejuaraan kepada pasukan yang ketinggala­n jauh di belakang City dalam saingan liga.

Juara bertahan, Manchester United akan bertandang ke Bristol City untuk menentang satu-satu pasukan di luar liga utama yang masih bersaing dalam pertanding­an ini.

Arsenal akan menanti kunjungan kelab jiran West Ham United sementara Chelsea akan menentang Bourne- mouth pada perlawanan lain.

Pengalaman pertama City menentang permainan lasak Leicester menyebabka­n Guardiola mengisytih­arkan beliau “tidak melatih pemain melakukan bentesan” selepas pasukannya tewas 2- 4 di Stadium King Power setahun yang lalu.

Guardiola bagaimanap­un sudah belajar dari pengalaman pahit itu dan skuad semasa beliau mempunyai lebih dari mampu untuk menangani lawan yang cuba bermain lasak.

Mereka membuktika­nnya apabila menang 2-0 di Leicester dalam liga pada awal musim dan dijangka akan mengulangi kemenangan itu jika Guardiola menurunkan skuad terkuat untuk perlawanan hari ini selepas menewaskan Tottenham Hotspur 4-1 dalam liga Sabtu lepas untuk mencipta kemenangan liga yang ke-16 berturut-turut.

Dengan final Piala Liga dijadualka­n pada Februari 2018, kejohanan ini memberikan Guardiola peluang terawal untuk memenangi kejuaraan pertamanya di City.

Leicester, juara tiga kali kejohanan, kali terakhir melangkah ke final pada 2000 tetapi pengurusny­a, Claude Puel tahu bagaimana untuk mengharung­i kejohanan piala selepas membimbing Southampto­n ke final musim lepas.

Terpaksa menjadi tumpuan kedua berbanding kelab jiran City musim ini, Manchester United perlu mengutip seberapa banyak kejuaraan selain Liga Perdana untuk menghalang City terus ‘mewarnai’ kota Manchester.

United, yang menang 2-1 di West Bromwich Albion dalam liga Ahad lepas, memenangi trofi ini musim lepas dan lawan mereka di suku akhir nanti bukan lawan yang biasa mereka hadapi.

Buat kali pertama sejak 1979, United bertandang ke Ashton Gate untuk menentang pasukan Bristol City yang belum pernah menewaskan kelab gergasi dari kota Manchester sejak 39 tahun.

Bristol berada di kelompok teratas Liga Kejuaraan ( divisyen dua), di tangga ketiga selepas menewaskan Nottingham Forest untuk kemenangan keempat berturut-turut Sabtu lepas.

Penonton penuh sesak akan menanti United di Ashton Gate dan penolong pengurus Bristol, Dean Holden, berkata: “Menentang Manchester United di tempat sendiri tidak berlaku dengan kerap. Ia pastinya malam yang hebat untuk seluruh bandar raya Bristol.”

Untuk sebuah kelab dengan sejarah yang hebat, Piala Liga tidak ‘mesra’ dengan Arsenal selepas hanya menang dua kali dan kejuaraan terakhir mereka ialah pada 1993.

Arsenal, yang kali terakhir melangkah ke final kejohanan ini pada 2011, tidak dibantu dengan hakikat di mana pengurusny­a, Arsene Wenger, sering menggunaka­n pemain simpanan dan pemain muda dalam Piala Liga.

Kunjungan West Ham ke Stadium Emirates bagaimanap­un tidak dipandang mudah oleh Wenger, yang tahu trofi kejuaraan adalah penting kepada penyokong ekoran kegagalan kelab sekali lagi mencabar kejuaraan liga.

Beliau mungkin mempunyai ruang untuk menurunkan pemain muda berusia 20 tahun, Ainsley Maitland-Niles selepas beraksi memberangs­angkan ketika menewaskan Newcastle United 1-0 dalam aksi liga Sabtu lepas.

Menyedari penguasaan City menyebabka­n Chelsea sudah mengalah untuk mempertaha­nkan kejuaraan liga, penjaga gol Thibaut Courtois meminta rakan-rakan sepasukann­ya untuk memburu sasaran untuk memenangi trofi piala lain musim ini.

Misi itu bermula dengan perlawanan menentang Bournemout­h di Stamford Bridge.

“Ia adalah penting untuk memenangi Piala Liga, untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan.

“Piala FA akan bermula pada bulan Januari. Kami mempunyai peluang untuk memenangin­ya dan melangkah lebih jauh.” — AFP

Menentang Manchester United di tempat sendiri tidak berlaku dengan kerap. Ia pastinya malam yang hebat untuk seluruh bandar raya Bristol. Dean Holden Penolong pengurus Bristol

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia