Utusan Borneo (Sarawak)

Kaka umum akhiri kerjaya gemilangny­a

-

RIO DE JANEIRO, Brazil: Bekas pemenang Piala Dunia bersama Brazil, Kaka, mengumumka­n persaraan sebagai pemain Ahad lepas, dan mencadangk­an satu kerjaya dalam pengurusan di bekas kelabnya, AC Milan mungkin dalam perancanga­n.

“Saya membuat persediaan untuk meneruskan kehidupan dalam bola sepak, mungkin dalam tugas yang berbeza tetapi saya tidak lagi menjadi pemain profesiona­l,” kata pemain yang pernah memenangi Ballon d’Or pada 2007 ketika memberitah­u penyiaran Globo.

“Saya mahu terlibat dalam sebuah kelab dalam peranan lebih seperti... seorang jurulatih, pengarah sukan – seseorang di antara padang dan kelab.”

Kaka, 35, berkata AC Milan “sebelum ini ada membuat cadangan”.

Menerusi akaun rasmi Twitter, Kaka, yang merupakan sebahagian skuad juara Piala Dunia 2002 Brazil, menulis: “Ia adalah lebih dari apa yang saya jangk a k a n . Terima kasih Tuhan! Saya sudah bersedia untuk pengembara­an seterusnya.”

B e l i a u m e m u - lakan kerjayanya di Sao Paulo di Brazil, di mana prestasi beliau mendapat perhatian kelab-kelab utama di Eropah dan membolehka­n satu perpindaha­n ke Milan pada 2003. Ketika di Milan, Kaka menerima anugerah Ballon d’Or, yang diberikan setiap tahun untuk pemain terbaik dunia. Beliau adalah pemenang terakhir selain penguasaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Beliau juga membantu Milan memenangi kejuaraan Serie A Itali pada musim 2003/2004 dan kemudian memenangi Liga Juara-Juara pada 2007, menjaringk­an 10 gol dalam kejohanan itu ketika Milan muncul juara Eropah buat kali ketujuh. Pemain tengah itu menyertai Real Madrid pada 2009 untuk rekod perpindaha­n dunia ketika itu bernilai 68 juta euro tetapi Kaka bergelut mengulangi prestasi cemerlangn­ya di Sepanyol. Beliau memenangi kejohanan Copa del Rey bersama Real Madrid pada 2011 dan sebahagian dari skuad bimbingan Jose Mourinho ketika itu yang memenangi La Liga S e p a n - yol pada musim berikutn y a tetapi k e - m u - dian bergelut di Madrid dan kembali ke Milan tanpa yuran perpindaha­n pada September 2013.

Kaka menyertai kelab baharu Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat ( AS), Orlando City pada 2014 tetapi kembali ke kelab tanahairny­a, Sao Paolo buat seketika sebelum musim sulung bersama Orlando pada 2015.

Beliau menjaringk­an gol pertama kelabnya dalam MLS dan merupakan penerima gaji tertinggi liga dalam zon Amerika Utara untuk tiga tahun berturut-turut sebelum meninggalk­an kelab pada bulan Oktober.

Beliau menjaringk­an 29 gol dari 92 perlawanan antarabang­sa bersama Brazil tetapi tidak disenaraik­an semasa Piala Dunia 2014 di Brazil dan juga tidak beraksi dalam kejohanan Copa Amerika tahun lepas kerana kecederaan.

Pada bulan November, media melaporkan beliau menimbangk­an satu perpindaha­n ke kelab Liga Super China, Guizhou Hengfeng Zhicheng.

La Liga Sepanyol memberikan penghargaa­n kepada Kaka dalam akaun rasmi Twitter, dengan berkata: “Salah seorang bakat bola sepak terbesar telah bersara selepas satu kerjaya gemilang.”

Bagaimanap­un, Kaka tetap berhati-hati dengan peralihann­ya dari seorang pemain kepada pengurusan bola sepak.

“Apa yang pasti, kejayaan sebagai seorang pemain profesiona­l tidak bermakna saya akan berjaya atau tidak menjadi jurulatih yang bagus. Jadi saya mahu membuat persediaan untuk diri saya terlebih dahulu, belajar, mengikut perkembang­an kelab-kelab tertentu terutama sekali di mana saya pernah bermain,” kata beliau. — AFP

 ??  ?? ASAH BAKAT: Harifin (empat kiri, duduk) bersama pesilat-pesilat yang menyertai Jemputan 5x5 Silat Pantai di Miri kelmarin.
ASAH BAKAT: Harifin (empat kiri, duduk) bersama pesilat-pesilat yang menyertai Jemputan 5x5 Silat Pantai di Miri kelmarin.
 ??  ?? KAKA
KAKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia