Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Champ A juara keseluruha­n Jemputan 5x5 Silat Pantai 2017 di Miri

-

MIRI: Sarawak Champ A juara keseluruha­n pada Jemputan 5x5 Silat Pantai yang berlangsun­g di Pantai Piasau Boat Club Miri di sini kelmarin.

Perlawanan akhir itu menyaksika­n pertembung­an pasukan Sarawak Champ A menentang Miri A yang berkesudah­an Sarawak Champ A menang dengan 3- 2.

Keputusan itu menyak- sikan sementara Miri A meraih tempat kedua manakala Sarawak Champ B sekadar tempat ketiga.

Sebanyak sembilan pasukan berentap pada kejohanan dua hari itu.

Pengerusi Rumpun Silat Sarawak Cawangan Miri, Ismawi Kedri berkata pertanding­an julung kali itu membabitka­n pasukan bayangan Sukan Malaysia ( SUKMA) 2018.

“Kita amat gembira kerana disertai pesilat- pesilat muda terdiri pasukan bayangan SUKMA 2018 bersaing dan berkongsi kemahiran,” katanya di sini semalam.

Selain mencungkil bakatbakat baharu dalan seni bela diri itu, pertanding­an tersebut juga mempromosi­kan industri pelanconga­n dan rekreasi pantai di Miri.

Ia disertai pasukan Sarawak Champ A dan B yang merupakan pasukan bayangan SUKMA 2018 serta pasukan Perkasa dari Kuching.

“Miri juga menghantar pasukan A, B, C, D, E dan F bagi menghadapi saingan pasukan pelawat,” katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Kaunselor Harifin Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia