Utusan Borneo (Sarawak)

S Kumar gagal ujian doping gemparkan KHM

-

KUALA LUMPUR: Konfederas­i Hoki Malaysia ( KHM) dikejutkan dengan berita seorang pemain kebangsaan didapati positif ujian doping sewaktu Kejohanan Hoki Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lepas.

Perkara mengejutka­n itu diumumkan Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal pada satu sidang media khas yang turut dihadiri Pengarah Agensi Anti- Doping Malaysia ( Adamas) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.

Menurut Subahan, penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar dikesan positif ujian doping ketika aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia ketika bertemu Oman pada 16 Okt lalu.

“Kita menerima surat daripada Persekutua­n Hoki Antarabang­sa ( FIH) bertarikh 12 Dis lepas mengumumka­n kegagalan ujian doping melibatkan Kumar.

“Kumar dikesan menggunaka­n bahan terlarang Sibutramin­e dalam ujian sampel air kencing yang dilakukan Agensi AntiDoping Dunia ( WADA),” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Justeru, Subahan berkata buat masa ini, Kumar akan digantung sementara daripada terbabit dengan sebarang aktiviti hoki selama dua tahun, dengan sesi pendengara­n dijangka diadakan pada Januari tahun depan.

Dalam pada itu, Subahan berkata KHM sentiasa berada di belakang Kumar untuk memberi sokongan moral dan akan bekerjasam­a dengan Adamas bagi mendapatka­n khidmat nasihat untuk menyelesai­kan perkara itu dengan jalan terbaik.

“Kumar merupakan pemain berdisipli­n dan sudah lama berkhidmat bersama skuad kebangsaan, pastinya kita akan memberi sokongan dan bantuan sekiranya diperlukan.

“Kalau kita lihat pada surat FIH, bahan terlar- ang dikesan pada Kumar juga adalah pada kadar sedikit ataupun ringan dan ia bukanlah bahan yang digunakan untuk meningkatk­an prestasi sebaliknya hanya sebagai bahan untuk pelangsing­an badan,” katanya.

Sementara itu, Dr Ramlan berkata kejayaan Malaysia muncul naib juara Piala Asia 2017, bagaimanap­un tidak terjejas kerana kegagalan ujian doping itu hanya melibatkan seorang pemain.

“Menurut peraturan WADA, keputusan sesuatu pasukan hanya akan dibatalkan sekiranya terdapat dua orang dan ke atas yang gagal dalam ujian doping.

“Jadi dalam hal ini, kedudukan pasukan negara masih lagi selamat dan keputusan naib juara itu kekal dan tidak akan dibatalkan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? S KUMAR
S KUMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia